Malaysia kutuk sekeras-kerasnya pembunuhan Ismail Haniyeh
Malaysia kutuk sekeras-kerasnya pembunuhan Ismail Haniyeh
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh, menurut Kementerian Luar.
Kerajaan turut menggesa siasatan segera dan menyeluruh dibuat terhadap pembunuhan tersebut, dengan pihak bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.
“Malaysia juga menggesa semua pihak untuk bersikap tenang sementara fakta-fakta mengenai pembunuhan ini sedang dikenal pasti,’ kata kementerian itu.
Hari ini, Ismail serta beberapa pengawalnya dilaporkan terbunuh susulan serbuan Zionis di kediamannya di Tehran, Iran.
Ismail berada di sana bagi menghadiri majlis angkat sumpah presiden baru Iran, Masoud Pezeshkian.
Kementerian Luar turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham serta barisan kepimpinan dan rakyat Palestin.
“Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Palestin, dan menegaskan komitmennya untuk menyokong perjuangan mereka bagi keadilan dan penentuan nasib sendiri.
“Malaysia mengiktiraf peranan dan sumbangan Ismail Haniyeh dalam usaha membebaskan Palestin dan rakyatnya dari penjajahan haram Israel,” katanya lagi.
Pembunuhan itu turut dikecam oleh para ahli politik Malaysia dari kedua-dua pihak.
Malaysia kutuk sekeras-kerasnya pembunuhan Ismail Haniyeh
Baca Artikel Menarik:
- ‘Mesej berhantu burukkan nama saya, ini dakyah dan konspirasi politik kotor’
- Bekas pegawai anak syarikat SPNB bergelar Datuk direman rasuah
- Food rider tolak jatuh ‘security’ sebab suruh hantar makanan ke kondo pelanggan
- Jual aiskrim campur ubat batuk cap ibu dan anak, KKM beri amaran
- Dua lelaki ditemui maut dalam lubang disyaki curi kabel
- Before you buy electric car in Malaysia, read this
- Pegang anjing, Jasmine Suraya minta jangan jadikan isu
- ST Rosyam Mall bakal dibuka tahun hadapan
- Kes rogol dengan ‘kerelaan’ meningkat di Perlis
- Izinkan aku sepak muka korang sorang2 – Hafiz Suip
- Tyzo minta masa, dah terbiasa hidup bujang
- ‘Haji ‘final call’ tak mahu dedah aurat’
- Remaja tipu hampir diculik naik van putih kerana takut dimarahi ibu
- Gerakan parti nyamuk, takkan keluar PN
- Peniaga kosmetik diceraikan ketika ‘live’ di TikTok
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu