Laksanakan solat ghaib untuk Ismail Haniyeh – Jakim

Laksanakan solat ghaib untuk Ismail Haniyeh – Jakim

Semua masjid bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menunaikan solat jenazah ghaib susulan kematian pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dalam serangan udara Israel.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar yang kini berada di Kaherah, Mesir berkata, arahan sudah dikeluarkan kepada Ketua Pengarah Jakim, Hakimah Mohd Yusoff dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi), Mohd Ajib Ismail.



Kita dapatkan maklumat dulu. Jika dah dimandikan, saya minta semua masjid Jakim dan Jawi mengadakan solat ghaib, katanya menurut Sinar Harian.

Terdahulu, media melaporkan Israel menyerang kediaman Ismail di Tehran, Iran menyebabkan ketua Biro Politik Hamas itu dan seorang pengawal peribadinya syahid.

Ismail berada di negara itu untuk menghadiri upacara angkat sumpah presiden baharu Iran, Masoud Pezeshkian pada Selasa. FMT

Laksanakan solat ghaib untuk Ismail Haniyeh – Jakim



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Presiden NGO kutip dana Palestin ditangkap khalwat



70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu

Rider lelaki digoda pelanggan



Ini cara jurulatih ajar pemain bola sepak wanita?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker