Ketua Hamas, Ismail Haniyeh terbunuh di Iran
Ketua Hamas, Ismail Haniyeh terbunuh di Iran
Pemimpin Hamas Ismail Haniyeh terbunuh di Tehran, Iran, kata kumpulan pejuang Palestin Hamas dalam satu kenyataan pada Rabu.
Dalam satu kenyataan, kumpulan pejuang Islam itu berkabung atas kematian Haniyeh, yang dikatakan terbunuh dalam ‘serangan khianat Zionis ke atas kediamannya di Tehran’.
Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab atas pembunuhan itu tetapi ia disyaki dilakukan tentera Israel, yang berikrar untuk membunuh Haniyeh dan pemimpin Hamas yang lain berhubung serangan kumpulan itu pada 7 Oktober lalu.
Kenyataan Iran tidak memberikan butiran tentang bagaimana Haniyeh dibunuh.
Televisyen negara Iran melaporkan kematiannya pada awal Rabu, dan penganalisis sudah mula menyalahkan Israel atas serangan itu.
Israel sendiri tidak segera mengulas, seperti mana yang biasa mereka lakukan sekiranya membabitkan pembunuhan yang dilakukan oleh agensi perisikan Mossad mereka.
Israel disyaki menjalankan kempen cubaan membunuh selama bertahun-tahun, yang menyasarkan saintis nuklear Iran dan lain-lain yang berkaitan dengan program atomnya.
Dalam kempennya sejak itu, Israel telah membunuh lebih daripada 39,360 rakyat Palestin dan mencederakan lebih daripada 90,900, menurut Kementerian Kesihatan Gaza, yang jumlahnya tidak membezakan antara orang awam dan pejuang. BH
Baca Artikel Menarik:
- ‘Mesej berhantu burukkan nama saya, ini dakyah dan konspirasi politik kotor’
- Bekas pegawai anak syarikat SPNB bergelar Datuk direman rasuah
- Food rider tolak jatuh ‘security’ sebab suruh hantar makanan ke kondo pelanggan
- Jual aiskrim campur ubat batuk cap ibu dan anak, KKM beri amaran
- Dua lelaki ditemui maut dalam lubang disyaki curi kabel
- Before you buy electric car in Malaysia, read this
- Pegang anjing, Jasmine Suraya minta jangan jadikan isu
- ST Rosyam Mall bakal dibuka tahun hadapan
- Kes rogol dengan ‘kerelaan’ meningkat di Perlis
- Izinkan aku sepak muka korang sorang2 – Hafiz Suip
- Tyzo minta masa, dah terbiasa hidup bujang
- ‘Haji ‘final call’ tak mahu dedah aurat’
- Remaja tipu hampir diculik naik van putih kerana takut dimarahi ibu
- Gerakan parti nyamuk, takkan keluar PN
- Peniaga kosmetik diceraikan ketika ‘live’ di TikTok
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu