Kematian Ismail Haniyeh bakal melahirkan jutaan mujahid – Zahid
Kematian Ismail Haniyeh bakal melahirkan jutaan mujahid – Zahid
Pembunuhan pemimpin kanan Hamas, Ismail Haniyeh di Tehran, Iran akan melahirkan lebih ramai mujahid umat.
Menurut Timbalan Perdana Menter, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, kematian Haniyeh merupakan kehilangan besar buat dunia Islam namun semangat perjuangan beliau tidak akan pudar.
“Kehilangan ini pastinya membangkitkan gelora perjuangan generasi penerus agar keadilan dan kebebasan dapat dicapai oleh rakyat Palestin.
“Semoga Allah SWT menempatkan mereka dalam kalangan para syuhada yang beroleh jannah-Nya tanpa hisab.
“Berehatlah sahabat. Hilangkanlah lelah dan penat. Kehilanganmu pasti menjadi pembakar semangat. Gugurmu melahirkan jutaan mujahid umat. Sehingga tercapai matlamat. Palestin bebas, merdeka dan berdaulat. Allahuakbar!” kata Ahmad Zahid.
Dalam perkongsian di media sosial, Ahmad Zahid berkata, Haniyeh sentiasa memberi nasihat ketika pemimpin Palestin itu datang ke Malaysia.
“Tiada kata yang dapat menggambarkan kesedihan hati saya hari ini apabila menerima perkhabaran perginya seorang sahabat, pemimpin dan pejuang Ismail Hamiyeh, Ketua Hamas dan pengawal peribadinya yang gugur syahid dalam serangan di Tehran, Iran.
“Setiap kali beliau hadir ke sini, mesti kami berjumpa dan berkongsi kisah suka duka perjuangan membebaskan Palestin.
“Sosok tubuh inilah yang banyak memberikan nasihat dan semangat untuk saya terus membantu dan menyumbang di saat kalah ataupun menang,” kata Ahmad Zahid.
Haniyeh dan seorang pengawalnya dilaporkan maut dalam serangan di Iran awal hari ini dan banyak pihak menunding jari ke arah Israel yang telah memburu pemimpin Hamas itu sejak sekian lama. MG
Kematian Ismail Haniyeh bakal melahirkan jutaan mujahid – Zahid
Baca Artikel Menarik:
- ‘Mesej berhantu burukkan nama saya, ini dakyah dan konspirasi politik kotor’
- Bekas pegawai anak syarikat SPNB bergelar Datuk direman rasuah
- Food rider tolak jatuh ‘security’ sebab suruh hantar makanan ke kondo pelanggan
- Jual aiskrim campur ubat batuk cap ibu dan anak, KKM beri amaran
- Dua lelaki ditemui maut dalam lubang disyaki curi kabel
- Before you buy electric car in Malaysia, read this
- Pegang anjing, Jasmine Suraya minta jangan jadikan isu
- ST Rosyam Mall bakal dibuka tahun hadapan
- Kes rogol dengan ‘kerelaan’ meningkat di Perlis
- Izinkan aku sepak muka korang sorang2 – Hafiz Suip
- Tyzo minta masa, dah terbiasa hidup bujang
- ‘Haji ‘final call’ tak mahu dedah aurat’
- Remaja tipu hampir diculik naik van putih kerana takut dimarahi ibu
- Gerakan parti nyamuk, takkan keluar PN
- Peniaga kosmetik diceraikan ketika ‘live’ di TikTok
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu
You must be logged in to post a comment.