Gerakan tak buat kerja pun – Pemuda Pas PP

Gerakan tak buat kerja pun – Pemuda Pas PP

Selepas percanggahan pendapat mengenai isu dana syarikat arak, krisis antara dua parti komponen Perikatan Nasional (PN) – PAS dan Gerakan semakin melebar.

Hari ini, Pemuda PAS Pulau Pinang membangkitkan kegagalan sekutunya memimpin PN negeri dan mendesak Presiden Gerakan Dominic Lau sebagai ketua komponen itu ditukar.



Naib Ketua Pemuda Muhammad Hafiz Alias berkata Gerakan hanya mengharapkan jentera PAS dan Bersatu apabila musim pilihan raya, malah tidak aktif sehingga kini sebagai pembangkang.

Justeru, Hafiz menegaskan tiada kerugian buat PN jika Gerakan ingin keluar seperti disuarakan Timbalan Presidennya Oh Tong Keong, Ahad lalu.

Oh mengulas kenyataan Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari yang kecewa dengan pendirian Gerakan berhubung isu dana syarikat arak kepada sekolah, sambil tidak menolak untuk memutuskan kerjasama pada PRU16.

“Depa kata nak keluar PN, ha elok. Dipersilakan dengan hormatnya angkat kaki keluar dari PN.



“Mesyuarat tak ada, apa tak ada. Kalau nak PRK semua harap kepada PAS dan Bersatu saja pi (pergi) sana sini semua, tak ada tindakan apa daripada Gerakan.

Nak keluar, elok. Ramai lagi mewakili kaum Cina…bukan Gerakan saja, kata Hafiz di TikTok.

Hafiz berkata, usul supaya Lau ditukar dengan pemimpin lain juga dibangkitkan dalam muktamar baru-baru ini, selepas parti yang lahir di Pulau Pinang itu terus gagal menarik sokongan bukan Melayu.

Kami dari PAS ada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), ada Cina dan India, semakin diterima ramai, katanya.



Justeru, beliau berkata Pemuda PAS Pulau Pinang yang bermesyuarat semalam setuju melantik ketua Pemuda DHPP Pulau Pinang sebagai alternatif kepada Gerakan.

Nantikan, mereka ini bakal gantikan Gerakan dalam PN mewakili kaum Tionghua dan India dalam PN, katanya. FMT

Gerakan tak buat kerja pun – Pemuda Pas PP

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Presiden NGO kutip dana Palestin ditangkap khalwat

70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu



Rider lelaki digoda pelanggan

Ini cara jurulatih ajar pemain bola sepak wanita?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker