Badrulamin dibebaskan daripada tuduhan amang seksual
Badrulamin dibebaskan daripada tuduhan amang seksual
KUALA TERENGGANU: Seorang penceramah bebas dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan.
Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Badrulamin Bahron, 63 ,di akhir kes pendakwaan.
Mohd Zul Zakiqudin berkata selepas mendengar dan mempertimbangkan keterangan saksi, pendakwaan mendapati keterangan mangsa secara keseluruhannya tidak berkredibiliti, tidak konsisten serta tiada keterangan sokongan yang kukuh untuk mengaitkan tertuduh dalam kes berkenaan.
Katanya, selepas membuat penilaian maksimum ke atas keterangan semua saksi, beliau mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes secara prima facie dan memutuskan tertuduh dilepaskan dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.
Mahkamah turut memerintahkan wang jaminan sebanyak RM20,000 dikembalikan semula kepada tertuduh.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Azali Ibrahim dan Zulkifli Che Yong.
Pada November 2022, tertuduh mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan.
Mengikut pertuduhan pertama hingga tiga, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa yang berusia lima tahun sembilan bulan ketika kejadian.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah bot di Hulu Terengganu antara 4 hingga 6 Mac 2022.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) dan Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. BH
Badrulamin dibebaskan daripada tuduhan amang seksual
Baca Artikel Menarik:
- ‘Mesej berhantu burukkan nama saya, ini dakyah dan konspirasi politik kotor’
- Bekas pegawai anak syarikat SPNB bergelar Datuk direman rasuah
- Food rider tolak jatuh ‘security’ sebab suruh hantar makanan ke kondo pelanggan
- Jual aiskrim campur ubat batuk cap ibu dan anak, KKM beri amaran
- Dua lelaki ditemui maut dalam lubang disyaki curi kabel
- Before you buy electric car in Malaysia, read this
- Pegang anjing, Jasmine Suraya minta jangan jadikan isu
- ST Rosyam Mall bakal dibuka tahun hadapan
- Kes rogol dengan ‘kerelaan’ meningkat di Perlis
- Izinkan aku sepak muka korang sorang2 – Hafiz Suip
- Tyzo minta masa, dah terbiasa hidup bujang
- ‘Haji ‘final call’ tak mahu dedah aurat’
- Remaja tipu hampir diculik naik van putih kerana takut dimarahi ibu
- Gerakan parti nyamuk, takkan keluar PN
- Peniaga kosmetik diceraikan ketika ‘live’ di TikTok
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu
You must be logged in to post a comment.