Adun Mahkota kritikal akibat pendarahan dalaman

Sharifah Azizah Syed Zain pernah dimasukkan ke hospital Mac lalu bagi merawat masalah pendarahan dalaman.

Adun Mahkota kritikal akibat pendarahan dalaman

Adun Mahkota Sharifah Azizah Syed Zain, 63, kini kritikal dan dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom Kluang, Johor, akibat pendarahan dalaman.

Ketua Wanita Umno Batu Pahat, Haliza Abdullah, berkata beliau dimaklumkan keadaan Sharifah Azizah oleh beberapa Wanita Umno Johor, pagi tadi.



“Keadaan Sharifah Azizah kini dilaporkan kritikal akibat pendarahan dalaman.

Saya dan beberapa ahli Wanita Umno Batu Pahat akan segera ke Hospital Kluang petang ini bagi menziarahi beliau, katanya menurut Berita Harian.

Sharifah Azizah yang juga ketua Wanita Umno Kluang ialah bekas ketua Wanita Umno Johor.

Beliau menang kerusi DUN Mahkota dalam PRN Johor pada 2022.



Sebelum itu, Sharifah Azizah ialah Adun Penawar dari 2018 hingga 2022.

Sementara itu, Ketua Wanita Umno Pontian, Hasrunizah Hassan, berkata Sharifah Azizah pernah dimasukkan ke hospital Mac lalu bagi merawat masalah pendarahan dalaman.

“Kami jangka isu kesihatan Sharifah Azizah sudah diatasi selepas dibenarkan keluar hospital beberapa bulan lalu.

Namun, sangat terkejut apabila pagi ini. Keadaan beliau dilaporkan kritikal. Saya mendoakan kesihatan beliau akan pulih dan sedang mendapatkan maklumat lanjut, sebelum ke Hospital Kluang untuk menziarahinya, kata Adun Pulai Sebatang. FMT



Adun Mahkota kritikal akibat pendarahan dalaman

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Presiden NGO kutip dana Palestin ditangkap khalwat



70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu

Rider lelaki digoda pelanggan



Ini cara jurulatih ajar pemain bola sepak wanita?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker