Tubuh Mara Orang Asli – Ramli

Tubuh Mara Orang Asli – Ramli

Ramli Mohd Nor mencadangkan badan korporat berkanun seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara) ditubuhkan untuk menjaga hak dan kebajikan Orang Asli sekali gus membawa masyarakat itu keluar daripada kemiskinan.

Ahli Parlimen Cameron Highlands mendakwa, ini kerana Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal komuniti itu ‘tidak membantu’ bagi tujuan berkenaan.



Ramli, satu-satunya wakil rakyat berketurunan Orang Asli juga mahu Jakoa dirombak dan dikaji semula tugas serta peranannya dalam usaha membawa masyarakat itu keluar daripada belenggu kemiskinan.

Wakil Jakoa di (sesebuah) daerah hanyalah (pegawai) bergred N22 iaitu peringkat kerani kanan (sahaja). Dia nak bagi (buat) keputusan pun tak boleh. (Asyik kena) rujuk (orang atasan), tak boleh buat keputusan, kata timbalan speaker Dewan Rakyat itu.

Beliau berkata, penubuhan Mara bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) suatu ketika dulu berjaya mengeluarkan kaum Melayu dan Bumiputera daripada kemiskinan serta melahirkan ramai golongan profesional.

Katanya, ketika itu kaum Melayu jauh ketinggalan berbanding Cina dan India akibat dasar pecah dan perintah penjajah Inggeris yang menempatkan mereka di luar bandar untuk menjadi nelayan atau petani.



“Selepas adanya Mara, golongan profesional seperti peguam, doktor, arkitek dan lain-lain dalam kalangan Melayu Bumiputera terus melonjak. Kami Orang Asli fikir, kita ikutlah cara mereka (tubuh Mara) dan menekankan pendidikan serta TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional).

Zaman saya Tingkatan 5 orang Melayu Bumiputera, kalau pandai dihantar (oleh Mara) ke luar negara (sambung pelajaran) di Australia, Amerika Syarikat (dan lain-lain). Biasiswa (ditaja) Mara berjuta-juta. Itulah kerangka pada orang Melayu yang maju sekarang, katanya yang berketurunan Orang Asli suku Semai.

Ramli pernah mengusulkan idea tersebut kepada Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi pada 2022, namun ia tidak boleh dilaksanakan berikutan kerajaan perpaduan baru sahaja dibentuk ketika itu.

Insya-Allah sudah masuk tahun kedua (kerajaan perpaduan). Saya akan angkat balik semula usul ini. Kita akan serahkan pada PMX (Perdana Menteri Anwar Ibrahim), katanya.



Beliau turut menyeru masyarakat Orang Asli menerima apa saja keistimewaan diberikan kerajaan kepada mereka.

“Pendidikan untuk Orang Asli dari tadika hingga ke doktor falsafah (PhD) semuanya percuma. Tapi, jumlah keciciran pelajaran Orang Asli agak tinggi.

Orang Melayu Bumiputera paling ramai golongan pertengahan, bila kerajaan beri peluang dan mereka sambut. Kalau Orang Asli tak sambut, sampai bila-bila ‘target’ (nak maju) tak lepas, katanya. FMT

Tubuh Mara Orang Asli – Ramli



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Video call’ Malaikat Maut, Mama Ghufron mohon maaf



Ugutan rogol, Diana Danielle lapor polis

Digelar ahli neraka



Ruhainies nafi diboikot, terima banyak tawaran

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker