Ramai minat suami atau isteri orang – Zamarul

Ramai minat suami atau isteri orang – Zamarul

“Saya pelik sekarang lebih ramai minat suami atau isteri orang berbanding mereka yang belum berkahwin.”

Demikian kata pelakon Zamarul Hisham yang mendedahkan masih menerima godaan daripada peminat walaupun sudah berusia 53 tahun.



Zamarul atau nama sebenarnya Zamarul Hisham Mohamed berkata, walaupun menerima dugaan itu, namun dia sentiasa meningatkan diri dan meletakkan batas.

“Pada usia sekarang ini pun godaan itu masih wujud. Saya akui tak boleh nak lari tapi semuanya berbalik kepada niat sendiri.

“Sekarang ini sudah berkahwin atau belum godaan itu tetap ada. Sampai sekarang pun saya masih terima mesej peribadi di media sosial tapi mujur saya jenis tak suka balas,” katanya.

Zamarul berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis Afyaa Dari Poket Artis ke Poket Artis yang berlangsung di Shah Alam, semalam.



Menurut Zamarul, sejak terbabit dalam dunia seni dia tidak pernah menggunakan kedudukannya sebagai selebriti untuk melakukan perkara tidak baik termasuk menjadi ‘buaya darat’.

“Sebelum jadi pelakon saya memang nakal dan seorang ‘playboy’, tapi saya bersyukur apabila dah jadi pelakon ini saya tak buat semua itu.

“Lagipun sebelum jadi pelakon orang tak kenal waktu itu. Tapi masa itu saya pakai motor RXZ, ramai wanita cuba pikat saya.

“Lepas jadi pelakon ramai kenal saya jadi saya perlu menjaga sikap, itu pemikiran yang selamatkan saya daripada melakukan perkara bukan-bukan,” katanya.



Zamarul mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi Diana Rafar pada 2009.

Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Kashfi Haikal, 14, Kayla Reysha, 7, dan Kaydeen Haiqal, 4 tahun.

Zamarul juga mempunyai dua anak lelaki hasil perkahwinan Terdahulu. HM

Ramai minat suami atau isteri orang – Zamarul



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Video call’ Malaikat Maut, Mama Ghufron mohon maaf



Ugutan rogol, Diana Danielle lapor polis

Digelar ahli neraka



Ruhainies nafi diboikot, terima banyak tawaran

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker