Pemilik jet ski tuntut permohonan maaf dari influencer Ngek Tsai
Pemilik jet ski tuntut permohonan maaf dari influencer Ngek Tsai
LANGKAWI – Pemilik syarikat CBW Watersport, Rotna Fairi Rahani kecewa dengan tindakan pempengaruh media sosial Sarawak, Ngek Tsai menularkan kes yang dianggap selesai apabila kedua-dua pihak mencapai persetujuan berhubung pampasan kerosakan jet ski.
Rotna Fairi berkata, Ngek Tsai atau nama sebenarnya, Zameen Saini merupakan pelanggan yang menyewa jet ski milik syarikat tersebut ketika bercuti di Langkawi dan bersetuju membayar pampasan RM13,000 selepas jet ski tersebut mengalami kerosakan.
Menurutnya, berikutan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Padang Matsirat berhubung kejadian pada Khamis, selain menuntut Ngek Tsai memadamkan catatan tersebut di Facebook miliknya serta membuat permohonan maaf secara terbuka.
“Kes ini kini tular di media sosial selepas Ngek Tsai memuat naik perkara itu di Facebook miliknya.
“Pada hari kejadian, sekitar 6.15 petang, pekerja saya berbincang dengan pelanggan terbabit dan dia mengaku melakukan kesalahan selepas menyebabkan pelanggaran dua jet ski yang digunakan bersama rakan,” katanya di sini pada Jumaat.
Rotna Fairi turut mempersoalkan tujuan sebenar pempengaruh popular tersebut memuat naik status berkenaan dan tularkan di media sosial sedangkan dia sendiri mengakui kesalahan dan bersetuju membayar pampasan pada Ahad lalu.
“Selepas berbincang, kata sepakat dicapai apabila Ngek Tsai bersetuju bayar RM13,000 walaupun jumlah pampasan sebenar adalah RM15,000,” katanya lagi yang mengusahakan perkhidmatan sewa jet ski lebih 10 tahun lalu di Pantai Tengah.
Menurutnya, sebagai pelanggan Ngek Tsai telah menandatangani borang identiti untuk mematuhi beberapa syarat ditetapkan selain bersetuju membayar pampasan sehingga RM20,000 jika berlaku kerosakan pada jet ski yang digunakan.
“Saya masih simpan rakaman video memaparkan Ngek Tsai mengaku salah atas kejadian dan bersetuju bayar pampasan RM13,000, tapi dia tularkan semula isu itu selepas balik ke Sarawak,” katanya.
Rotna Fairi memberitahu, dia diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi dua hari lalu dipercayai susulan laporan polis yang dibuat Ngek Tsai di Kuching, Sarawak.
“Disebabkan itu juga, saya turut buat laporan polis di Balai Polis Padang Matsirat pada Khamis, menuntut Ngek Tsai memadamkan catatan berkaitan syarikat di Facebook dan mohon maaf secara terbuka.
“Jika dia (Ngek Tsai) gagal berbuat demikian, pihak syarikat akan mengambil tindakan undang-undang,” ujarnya.
Terdahulu, Ngek Tsai berkongsi kekecewaan di Facebook miliknya, Ngek Tsai Army selepas didakwa terpaksa membayar RM13,000 kerana merosakkan jet ski ketika melakukan riadah air di Pantai Tengah.
Menerusi catatannya, Ngek Tsai mengakui kemalangan itu berlaku kerana kesilapannya dan sudah membayar pampasan selepas berunding dengan syarikat terbabit.
Bagaimanapun, Ngek Tsai mendakwa tidak diberikan resit sebagai bukti pembayaran pampasan selain menyifatkan pampasan yang dikenakan terlalu tinggi.
Susulan itu, dia membuat laporan polis berhubung kejadian di Kuching selepas pulang ke Sarawak.
Pemilik jet ski tuntut permohonan maaf dari influencer Ngek Tsai
Baca Artikel Menarik:
- Aliff Teega dan isteri ditegur peguam kerana cerita pengalaman ditahan reman SPRM
- ‘Syukur kepadaMu ya Allah, keadilan terhadap anak saya kini terbela’
- Ini jenayah kejam paling jarang ditemui – Hakim
- Adira, Datuk Red nak kahwin semula pulak dah
- Hukuman 6 bekas penuntut UPNM ditukar kepada gantung sampai mati
- Noor Ismarina, biker berpurdah
- Tiduri Kajol, ini kata SRK
- Nelydia Senrose buka tudung pulak dah
- Albertine Leo ditemui selamat di Batang Kali
- Kamala Haris, Emhoff bakal pasangan Yahudi pertama di White House?
- ‘Jamuan Hantu’ di tanah perkuburan cetus ketakutan penduduk
- Mengapa penajaan syarikat arak untuk sekolah Cina menjadi isu – MCA
- Biawak gergasi dalam atas siling rumah buat penghuni terkejut
- Curang dengan lelaki lain, suami langgar kereta isteri
- Mana mungkin saya mahu berkomplot khianati parti – Nizar Najib
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.