Macam baju raya – Wan Fayhsal
Pakaian atlet negara untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024 di Paris
Macam baju raya – Wan Fayhsal
Bekas timbalan menteri belia dan sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengakui pakaian atlet negara untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024 di Paris, awal pagi nanti, sebagai cantik.
Bagaimanapun, katanya, ia tidak menyuntik semangat untuk acara sukan berprestif itu.
“Ia lebih kepada vibe (aura) hari raya,” kata ketua Pemuda Bersatu yang juga anggota parlimen Machang.
Rekaan pereka fesyen Rizman Ruzaini didedahkan oleh Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh pagi tadi.
Menurut perekanya, persalinan baju teluk belanga dan baju kurung berwarna keemasan yang dinamakan The Malaya itu didedikasikan kepada wira kemerdekaan seperti wira kemerdekaan seperti Tunku Abdul Rahman, Tok Janggut dan Datuk Bahaman.
Terdahulu, MCA dan peguam lantang hak asasi Siti Kasim turut mengecam rekaan itu sebagai tidak melambangkan kepelbagaian budaya serta mengetepikan Sabah dan Sarawak.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Fayhsal berkata dia juga berkata maklum dengan kritikan awam bahawa rekaan itu tidak menggambarkan kepelbagaian bangsa, termasuk Sabah dan Sarawak.
“Bukanlah saya nak perkecilkan Rizman, (tetapi) mungkin kita boleh buat persiapan lebih baik,” katanya.
Baju asal Olimpik yang lebih dahulu mengundang kontroversi
Menegaskan tidak mahu “kecam lebih-lebih, dia berkata perancangan awal mungkin boleh menambak baik rekaan itu.
“Jadi tak apalah, percubaan yang baik. Saya tak naklah condemn (kecam) lebih-lebih,” katanya.
Awal bulan lalu, pakaian Olimpik Malaysia dikecam lebih teruk pengguna gaya kerana disifatkan buruk dan seperti standard baju sukan sekolah. Mk
Macam baju raya – Wan Fayhsal
Baca Artikel Menarik:
- Aliff Teega dan isteri ditegur peguam kerana cerita pengalaman ditahan reman SPRM
- ‘Syukur kepadaMu ya Allah, keadilan terhadap anak saya kini terbela’
- Ini jenayah kejam paling jarang ditemui – Hakim
- Adira, Datuk Red nak kahwin semula pulak dah
- Hukuman 6 bekas penuntut UPNM ditukar kepada gantung sampai mati
- Noor Ismarina, biker berpurdah
- Tiduri Kajol, ini kata SRK
- Nelydia Senrose buka tudung pulak dah
- Albertine Leo ditemui selamat di Batang Kali
- Kamala Haris, Emhoff bakal pasangan Yahudi pertama di White House?
- ‘Jamuan Hantu’ di tanah perkuburan cetus ketakutan penduduk
- Mengapa penajaan syarikat arak untuk sekolah Cina menjadi isu – MCA
- Biawak gergasi dalam atas siling rumah buat penghuni terkejut
- Curang dengan lelaki lain, suami langgar kereta isteri
- Mana mungkin saya mahu berkomplot khianati parti – Nizar Najib
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ugutan rogol, Diana Danielle lapor polis
You must be logged in to post a comment.