Zulfarhan mungkin masih hidup kalau…
KUALA LUMPUR: “Setelah lapan tahun, ini first time saya tengok semula surat ini,” demikian diungkapkan Muhammad Aiman Aufa Asmadi Affendi, seorang daripada pemberi maklumat yang menulis surat layang memaklumkan kecederaan parah dialami Allahyarham Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, akibat didera.
Aiman Aufa dalam perkongsian menerusi Insta Story, berkata selepas meletakkan surat berkenaan, dia tidak lagi melihatnya sehingga sekarang.
“Selepas lapan tahun, ini first time saya tengok semula surat ini. Lepas saya letak tu, tak pernah tengok dah sampai sekarang.
“Ni tak tahu la macam mana boleh sampai ke public. Apa-apa pun, Al-Fatihah buat keluarga arwah.
“Kita manusia hanya mampu berikhtiar dan berusaha, Allah penentu segalanya. Al-Fatihah,” catatnya menerusi Instagram sambil berkongsi gambar surat layang yang sedang tular itu.
Surat layang yang ditulisnya dalam huruf besar sepenuhnya seperti huruf cetakan komputer itu berbunyi:
“KALAU ADA HATI PERASAAN, ADA SIFAT KEMANUSIAAN, SAYA MINTA SANGAT2 PERGI AMBUSH BILIK 4-10, BLOK SATRIA (DPN MASJID). DALAM TU ADA PESAKIT YANG SANGAT2 MEMERLUKAN RAWATAN SEGERA. SEGERA!!! – HAMBA ALLAH
Surat layang itu diselitkan di pagar Rumah Sakit Angkatan Tentera pada 23 Mei 2017 dan surat layang kedua yang ditulis bersama seorang lagi rakannya, Akmal Akif, diletakkan di bawah pintu bilik seorang jurulatih pada keesokan harinya.
Ketika perbicaraan berlangsung, mereka turut dipanggil menjadi saksi di mahkamah.
Pada Selasa lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara mendapati enam bekas penuntut UPNM bersalah dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana membunuh Zulfarhan, tujuh tahun lalu.
Ia sekali gus mengetepikan sabitan awal oleh Mahkamah Tinggi terhadap mereka bagi kesalahan menyebabkan kematian tanpa niat untuk membunuh.
Zulfarhan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017 akibat kecederaan daripada 90 tekapan seterika wap, menyebabkan 80 peratus badannya melecur.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Aliff Teega dan isteri ditegur peguam kerana cerita pengalaman ditahan reman SPRM
- ‘Syukur kepadaMu ya Allah, keadilan terhadap anak saya kini terbela’
- Ini jenayah kejam paling jarang ditemui – Hakim
- Adira, Datuk Red nak kahwin semula pulak dah
- Hukuman 6 bekas penuntut UPNM ditukar kepada gantung sampai mati
- Noor Ismarina, biker berpurdah
- Tiduri Kajol, ini kata SRK
- Nelydia Senrose buka tudung pulak dah
- Albertine Leo ditemui selamat di Batang Kali
- Kamala Haris, Emhoff bakal pasangan Yahudi pertama di White House?
- ‘Jamuan Hantu’ di tanah perkuburan cetus ketakutan penduduk
- Mengapa penajaan syarikat arak untuk sekolah Cina menjadi isu – MCA
- Biawak gergasi dalam atas siling rumah buat penghuni terkejut
- Curang dengan lelaki lain, suami langgar kereta isteri
- Mana mungkin saya mahu berkomplot khianati parti – Nizar Najib
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.