Sounkamba Sylla dakwa dilarang sertai upacara pembukaan Olimpik kerana hijab

Sounkamba Sylla dakwa dilarang sertai upacara pembukaan Olimpik kerana hijab

PARIS: Kerajaan Perancis dan pegawai Olimpik berada dalam dilema mencari jalan penyelesaian kreatif bagi membenarkan pelari beragama Islam, Sounkamba Sylla memakai hijabnya pada upacara pembukaan sambil tetap mematuhi undang-undang sekularisme negara itu, kata mereka semalam.

Beribu-ribu atlet, termasuk sesetengahnya yang memakai tudung, tiba untuk menyertai Sukan Olimpik Paris 2024, menyaksikan tumpuan antarabangsa mengenai ketegangan di Perancis berhubung identiti nasional dan persepsi diskriminasi terhadap umat Islam.

Sylla, yang menyertai kuartet 4×400 meter Perancis, menulis di akaun Instagram Isnin lalu menyatakan hijabnya – kain tudung yang dipakai kebanyakan wanita Islam – akan menghalangnya daripada tampil pada upacara pembukaan awal pagi Sabtu ini di sepanjang Sungai Seine.

“Anda dipilih untuk Sukan Olimpik, dianjurkan di negara anda sendiri, tetapi anda tidak boleh menyertai upacara pembukaan kerana anda melindungi kepala anda dengan skaf,” tulis Sylla dalam hantaran di akaunnya.

Dia bagaimanapun tidak membalas segera ketika diminta mengulas lebih lanjut.

Perancis, yang mempunyai minoriti Islam terbesar di Eropah, menguatkuasakan undang-undang untuk melindungi prinsip sekularisme yang mana pekerja dan pelajar sekolah dilarang memakai simbol dan pakaian agama di institusi awam.

Kumpulan hak asasi manusia menyatakan peraturan itu secara berkesan mendiskriminasi orang Islam.

Berusaha untuk mengelak kekecohan domestik yang memalukan dengan seluruh dunia menonton, kerajaan Perancis dan pegawai Olimpik berkata mereka sedia untuk mencari jalan penyelesaian buat Sylla, walaupun masih tidak jelas apa yang akan dilakukan mereka.

“Rakyat kami mengharapkan kami mengikuti prinsip sekularisme ini, tetapi kami juga perlu inventif mengenai penyelesaian untuk membuat setiap orang berasa selesa,” kata Menteri Sukan Amelia Oudea-Castera semalam sambil menambah Sylla “memahami prinsip kami, peraturan kami.”

Atlet negara luar tidak tertakluk dengan peraturan sekularisme Perancis.

Presiden Jawatankuasa Olimpik Perancis, David Lappartient berkata pasukan Olimpik Perancis “mengambil bahagian dalam misi perkhidmatan awam dan dalam hal ini ia wajib mematuhi sekularisme.”

Akhbar Le Parisien melaporkan Sylla mungkin menyertai upacara pembukaan Olimpik dengan memakai topi. BH

Sounkamba Sylla dakwa dilarang sertai upacara pembukaan Olimpik kerana hijab

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Video call’ Malaikat Maut, Mama Ghufron mohon maaf

Ugutan rogol, Diana Danielle lapor polis

Digelar ahli neraka

Ruhainies nafi diboikot, terima banyak tawaran

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker