Saya belum mati – Sathiya

Saya belum mati – Sathiya

“Saya masih kuat dan boleh bekerja, belum mati lagi.”

Demikian kata pelawak veteran, Sathiya, 60, mengenai perkembangan terkini kesihatannya selepas lima hari terkena serangan angin ahmar ringan.



Menurut pelakon yang terkenal dengan sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu, ini kali pertama dia berdepan dengan masalah kesihatan tersebut.

“Ini kali pertama saya alami sakit seperti ini. Sebelum ini saya tidak pernah ada apa-apa masalah kesihatan yang serius.

“Selepas dua hari ditahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), saya dibenarkan pulang.

“Kini saya sudah boleh kembali bekerja, cuma tidak boleh memandu sahaja. Kalau nak ke mana-mana saya gunakan perkhidmatan ‘e-hailing,” katanya ketika ditemui di majlis Afyaa Dari Poket Artis Ke Poket Artis di sini, hari ini.



Kata Sathiya lagi, kudratnya untuk bekerja masih ada dan dia perlu mencari rezeki demi menyara isteri tersayang.

“Sakit saya tak teruk. Saya masih boleh bergerak, berjalan dan bercakap.

“Dua anak saya sudah berkahwin dan mempunyai keluarga masing-masing. Kini saya bekerja untuk isteri saya.

“Tawaran kerja juga masih ada. Tidak lama lagi saya akan terlibat dengan satu projek dengan RTM sempena hari merdeka,” katanya yang masih mempunyai empat buah filem yang belum ditayangkan.



Terdahulu, Sathiya diserang penyakit angin ahmar ringan selepas mengadu kebas kaki dan tangan ketika sedang bersarapan di rumahnya baru-baru ini.

Menurut anak sulungnya iaitu Vickynesawwry Nayar, 34, pelawak itu dikejarkan ke HKL selepas rawatan segera di sebuah klinik mendapati tekanan darahnya rendah dipercayai berpunca daripada masalah kesihtan tersebut. K Online

Saya belum mati – Sathiya

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Video call’ Malaikat Maut, Mama Ghufron mohon maaf

Ugutan rogol, Diana Danielle lapor polis



Digelar ahli neraka

Ruhainies nafi diboikot, terima banyak tawaran



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker