Peniaga pisang goreng larikan 2 budak perempuan didakwa pagi ini

SUNGAI BESAR: Peniaga pisang goreng yang didakwa melarikan dua kanak-kanak perempuan di Taman Ikan Emas, Jeram, Kuala Selangor, 19 Julai lalu, tiba di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Suspek yang memakai baju lokap berwarna ungu dan bergari tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 8.20 pagi dengan menaiki kenderaan polis, untuk berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan.

Semalam, media melaporkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata kertas siasatan lengkap telah dirujuk kepada Pejabat Pendakwa Raya negeri, kelmarin.

Beliau dipetik berkata, polis mendapat arahan tuduh untuk dua kesalahan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan, iaitu melarikan kanak-kanak daripada jagaan sah.

Ahad lalu, lelaki berusia 32 tahun itu ditahan di Jalan Pawang Jalil, Jeram, Kuala Selangor, selepas dua hari kejadian kanak-kanak berkenaan dilarikan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd Ambia Nordin, dilaporkan berkata suspek ditahan di rumahnya oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah kira-kira jam 2.40 pagi.

Sebelum itu, tular dalam media sosial mengenai insiden dua kanak-kanak perempuan berusia lapan dan enam tahun dilarikan seorang lelaki yang memandu kereta berwarna hitam di Taman Ikan Emas.

Mereka kemudian ditemui dalam keadaan selamat di Taman Kelisa, berhampiran rumah mangsa pada jam 7.45 malam, kira-kira sejam selepas dilaporkan hilang.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Video call’ Malaikat Maut, Mama Ghufron mohon maaf

Ugutan rogol, Diana Danielle lapor polis

Digelar ahli neraka

Ruhainies nafi diboikot, terima banyak tawaran

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker