Peniaga pisang goreng culik 2 budak perempuan dipenjara 2 tahun
Peniaga pisang goreng culik 2 budak perempuan dipenjara 2 tahun
Seorang peniaga pisang goreng dihukum penjara dua tahun dan didenda RM2,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Sungai Besar atas tuduhan menculik dua kanak-kanak perempuan berusia lapan dan enam tahun di Jeram pada 19 Julai lalu.
Majistret Siti Hajar Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Shahriza Othman, 31, yang mengaku bersalah selepas tuduhan dibacakan, lapor Sinar Harian.
Mengikut pertuduhan, Shahriza menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan dan enam tahun dari penjaganya di Nombor 2, Jalan Ikan Emas 2, Taman Ikan Emas di Jeram pada 6.30 petang, 19 Julai lalu.
Dia dakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara selama tempoh tujuh tahun dan boleh juga didenda.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh melarikan dua kanak-kanak perempuan itu yang sedang bermain di hadapan rumah dengan menaiki kereta jenis Perodua Bezza.
Tertuduh mengajak kedua-dua mangsa menemaninya untuk menghantar surat sambil memberikan wang tunai RM50 sebagai upah.
Mangsa mengikut lelaki itu ke kedai runcit dan mengajak berjalan-jalan sekitar Jeram dan singgah di rumah tertuduh sebelum menghantar semula mangsa kira-kira 7.45 malam.
Tertuduh yang diwakili peguam Muhd Muqri Mohd Khairi daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan memberi alasan dia melakukan perbuatan itu kerana tidak memiliki anak perempuan.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Sofea Jaysal memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana kes penculikan semakin meningkat yang akan mempengaruhi dan mengancam keselamatan awam.
Media sebelum ini melaporkan dua kanak-kanak perempuan berusia enam dan lapan tahun yang dilaporkan hilang ditemui dalam keadaan selamat selepas dipercayai dilarikan seorang lelaki dengan menaiki sebuah kereta Perodua Bezza di Jeram, pada Jumaat.
Peniaga pisang goreng culik 2 budak perempuan dipenjara 2 tahun
Baca Artikel Menarik:
- Aliff Teega dan isteri ditegur peguam kerana cerita pengalaman ditahan reman SPRM
- ‘Syukur kepadaMu ya Allah, keadilan terhadap anak saya kini terbela’
- Ini jenayah kejam paling jarang ditemui – Hakim
- Adira, Datuk Red nak kahwin semula pulak dah
- Hukuman 6 bekas penuntut UPNM ditukar kepada gantung sampai mati
- Noor Ismarina, biker berpurdah
- Tiduri Kajol, ini kata SRK
- Nelydia Senrose buka tudung pulak dah
- Albertine Leo ditemui selamat di Batang Kali
- Kamala Haris, Emhoff bakal pasangan Yahudi pertama di White House?
- ‘Jamuan Hantu’ di tanah perkuburan cetus ketakutan penduduk
- Mengapa penajaan syarikat arak untuk sekolah Cina menjadi isu – MCA
- Biawak gergasi dalam atas siling rumah buat penghuni terkejut
- Curang dengan lelaki lain, suami langgar kereta isteri
- Mana mungkin saya mahu berkomplot khianati parti – Nizar Najib
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.