Pemimpin DAP bidas sikap ‘membisu’ sekolah isu derma syarikat arak
Di tengah-tengah kontroversi yang menyelubungi SJK(C) Tche Min dan penglibatan sebuah kilang bir dalam acara pengumpulan dananya, Adun Sungai Pelek Lwi Kian Keong dari DAP mempetikai sikap berdiam diri sekolah itu.
Lwi, tetamu pada majlis itu bersama Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Aiman Athirah Sabu, berkata dia merasakan mereka diletakkan di situasi sukar dan dibiarkan menanggung akibatnya.
Ketika dihubungi semalam, dia memberitahu Malaysiakini mereka tidak tahu bahawa syarikat bir itu adalah rakan kongsi strategik acara berkenaan.
“Pihak sekolah tidak tampil untuk berkata, ‘Makan malam ini dianjurkan oleh kami, jangan salahkan MP’.
“Pada malam majlis, ketika sumbangan diumumkan dan cek replika diserahkan, saya dan Aiman dipanggil ke atas pentas.
“Hanya apabila kami berada di atas pentas, kami mengetahui bahawa cek replika mereka mempunyai logo Tiger Beer.
“Sebelum itu, saya dan Aiman tidak tahu.
“Nampaknya anda (sekolah) telah ‘meletakkan kami di atas pentas’. Sekarang ia telah menjadi isu, anda tidak tampil ke hadapan untuk mengakui ia adalah kesilapan sekolah anda,” kata Lwi kepada Malaysiakini dalam bahasa Cina.
Dalam bahasa Cina, ungkapan ‘diletakkan di atas pentas’ bermaksud meletakkan seseorang di tempat kejadian.
Lwi berkata tiga badan sekolah – jawatankuasa sekolah, persatuan ibu bapa-guru, dan persatuan alumni – harus tampil membela mereka.
Menurutnya, Aiman berharap pihak sekolah membelanya, tetapi malangnya mereka tidak berbuat demikian.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Aiman Athirah Sabu
“Saya agak tidak berpuas hati dengan pihak sekolah. Kejadian ini berlaku, dan tiada seorang pun daripada tiga badan ini yang keluar membela (Aiman).
“Jika kita tidak mempertahankan pemimpin yang berfikiran terbuka (seperti Aiman), pada masa akan datang, jika sekolah tidak lagi boleh mengadakan jualan amal atau kutipan derma, adakah mereka (tiga badan sekolah) dapat terima?” soalnya.
Sambung Lwi sambil menyatakan memandangkan dia dan Aiman dijemput ke atas pentas tanpa pengetahuan awal mengenai syarikat bir berkenaan, tanggungjawab itu bukan terletak kepada mereka.
“Pihak sekolah harus menjelaskan bahawa kedua-dua wakil rakyat dijemput ke atas pentas tanpa pengetahuan terlebih dahulu… tanggungjawab terletak pada pihak sekolah, dan kami tidak bersalah.
“Masalah itu disebabkan oleh sekolah kamu. Jika kamu tidak menggunakan cek replika dengan logo Tiger Beer malam itu, tidak akan ada masalah sama sekali,” katanya.
Pemimpin PAS sebelum ini mengkritik acara berkenaan yang dianjurkan oleh SJK (C) Tche Min di Sungai Pelek sejak minggu lalu, dengan pada mulanya menyerang Aiman dan kemudian menentang penerimaan sumbangan sekolah vernakular Cina daripada sebuah syarikat bir.
SJK (C) Tche Min terletak di kawasan Aiman dan Lwi. Mereka mengumumkan sumbangan masing-masing RM100,000 dan RM10,000 untuk pembinaan dewan baru sekolah itu.
Selain mereka, exco kerajaan negeri Selangor Ng Suee Lim turut menghadiri majlis makan malam itu.
Dalam satu kenyataan semalam sebagai Lwi memuji Aiman kerana menyokong pendidikan dan menghadiri acara kutipan dana sekolah itu.
“Saya kesal dan marah dengan serangan tidak munasabah yang dia hadapi kerana perkara ini.
“Saya perlu menjelaskan bahawa saya dan Aiman menghadiri majlis itu sebagai tetamu jemputan jawatankuasa sekolah untuk menyaksikan acara kutipan derma itu.
“Adalah penting untuk diketengahkan bahawa surat jemputan daripada jawatankuasa secara jelas menyatakan acara itu adalah ‘makan malam amal’ dan tidak menyebut syarikat bir sebagai rakan kongsi strategik,” katanya.
Lwi juga menjelaskan bahawa syarikat bir itu tidak memberi sumbangan terus kepada sekolah, sebaliknya hanya menyediakan platform untuk sekolah itu mengumpul dana dengan sendirinya.
Dia berkata penganjur turut menyediakan hidangan halal untuk umat Islam yang menghadiri majlis makan malam itu.
“Sepanjang acara itu, tiada promosi atau advokasi minum. Tumpuan untuk mengumpul dana untuk sekolah untuk menyokong pembangunan pendidikan.
“Pada masa ini, sekolah Cina menerima secara meluas pelajar semua kaum. Untuk membangunkan dan mengekalkan matlamat pendidikan sekolah, komuniti secara aktif menyokong usaha ini.
“Sebagai wakil rakyat, kita mempunyai tanggungjawab untuk membantu mengumpul RM3 juta untuk sekolah membina dewan serbaguna. Bagaimanapun, Aiman menjadi sasaran serangan yang jelas merupakan percubaan beberapa individu yang berniat jahat untuk mengalih perhatian dan menjejaskan usaha kerajaan Malaysia untuk menyediakan pendidikan untuk semua kaum secara sama rata,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Aliff Teega dan isteri ditegur peguam kerana cerita pengalaman ditahan reman SPRM
- ‘Syukur kepadaMu ya Allah, keadilan terhadap anak saya kini terbela’
- Ini jenayah kejam paling jarang ditemui – Hakim
- Adira, Datuk Red nak kahwin semula pulak dah
- Hukuman 6 bekas penuntut UPNM ditukar kepada gantung sampai mati
- Noor Ismarina, biker berpurdah
- Tiduri Kajol, ini kata SRK
- Nelydia Senrose buka tudung pulak dah
- Albertine Leo ditemui selamat di Batang Kali
- Kamala Haris, Emhoff bakal pasangan Yahudi pertama di White House?
- ‘Jamuan Hantu’ di tanah perkuburan cetus ketakutan penduduk
- Mengapa penajaan syarikat arak untuk sekolah Cina menjadi isu – MCA
- Biawak gergasi dalam atas siling rumah buat penghuni terkejut
- Curang dengan lelaki lain, suami langgar kereta isteri
- Mana mungkin saya mahu berkomplot khianati parti – Nizar Najib
Layari Laman Facebook MYKMU.NET