Pembunuh Nur Farah Kartini didakwa esok
Pembunuh Nur Farah Kartini didakwa esok
Anggota polis yang ditahan berkait pembunuhan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah, akan didakwa di mahkamah esok.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, ketika mengesahkan perkara itu berkata, suspek akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.
“Ya, suspek akan dituduh esok mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya ringkas.
Difahamkan, pertuduhan ke atas anggota polis berpangkat Lans Koperal itu akan dijalankan di Mahkamah Kuala Kubu Bharu pagi esok.
Suspek ditahan berkaitan penemuan mayat Nur Farah Kartini direman esok, bedah siasat malam ini
Pada 15 Julai, media melaporkan mayat Nur Farah Kartini, 25, dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang.
Penemuan mayat mangsa adalah hasil soal siasat ke atas suspek yang juga kenalan kepada mangsa.
Suspek direman selama tujuh hari bermula 16 Julai hingga 22 Julai sebelum tempoh reman ke atasnya disambung tujuh hari lagi sehingga 29 Julai ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. BH
Pembunuh Nur Farah Kartini didakwa esok
Baca Artikel Menarik:
- Aliff Teega dan isteri ditegur peguam kerana cerita pengalaman ditahan reman SPRM
- ‘Syukur kepadaMu ya Allah, keadilan terhadap anak saya kini terbela’
- Ini jenayah kejam paling jarang ditemui – Hakim
- Adira, Datuk Red nak kahwin semula pulak dah
- Hukuman 6 bekas penuntut UPNM ditukar kepada gantung sampai mati
- Noor Ismarina, biker berpurdah
- Tiduri Kajol, ini kata SRK
- Nelydia Senrose buka tudung pulak dah
- Albertine Leo ditemui selamat di Batang Kali
- Kamala Haris, Emhoff bakal pasangan Yahudi pertama di White House?
- ‘Jamuan Hantu’ di tanah perkuburan cetus ketakutan penduduk
- Mengapa penajaan syarikat arak untuk sekolah Cina menjadi isu – MCA
- Biawak gergasi dalam atas siling rumah buat penghuni terkejut
- Curang dengan lelaki lain, suami langgar kereta isteri
- Mana mungkin saya mahu berkomplot khianati parti – Nizar Najib
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ruhainies nafi diboikot, terima banyak tawaran
You must be logged in to post a comment.