Pelacur warga asing cuba sogok Imigresen RM16,000 minta dilepaskan
Pelacur warga asing cuba sogok Imigresen RM16,000 minta dilepaskan
GEORGETOWN: Tiga wanita warga asing menangis sambil merayu dilepaskan ketika ditahan penguat kuasa Jabatan Imigresen kerana terbabit aktiviti persundalan, semalam.
Tidak cukup dengan itu, ada antara mereka cuba memberi sogokan RM16,000 kepada pegawai Imigresen terbabit serbuan di sebuah hotel di sini, sebagai habuan untuk dibebaskan.
Pengarah Imigresen negeri, Nur Zulfa Ibrahim berkata dalam serbuan kira-kira jam 9 malam itu, tiga wanita warga Thailand, Laos dan Vietnam berusia antara 25 hingga 29 tahun itu ditemukan bersendirian dalam bilik masing-masing, bersedia untuk menerima pelanggan.
Beliau berkata, siasatan mendapati ketiga-tiga wanita itu berada dalam negara ini sejak dua minggu lalu dengan ada antara mereka sering keluar masuk atas alasan melancong.
Katanya, JIM tidak menolak kemungkinan mereka dijaga ejen sindiket dan memberi layanan kepada kenamaan, malah ketika tangkapan dibuat ada antara mereka memegang wang tunai melebihi RM16,000.
“Mereka disyaki memberi layanan VIP dengan bayaran kira-kira RM240 bagi sejam perkhidmatan.
“Terdapat ejen tertentu mengawal kegiatan mereka menerusi sistem laman sesawang dibuat,” katanya.
Dalam serbuan itu, pihak berkuasa turut merampas beberapa telefon bimbit, puluhan kondom termasuk yang sudah digunakan, minyak pelincir, wang tunai, pil perancang dalam tiga bilik wanita terbabit.
Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63. BH
Pelacur warga asing cuba sogok Imigresen RM16,000 minta dilepaskan
Baca Artikel Menarik:
- Aliff Teega dan isteri ditegur peguam kerana cerita pengalaman ditahan reman SPRM
- ‘Syukur kepadaMu ya Allah, keadilan terhadap anak saya kini terbela’
- Ini jenayah kejam paling jarang ditemui – Hakim
- Adira, Datuk Red nak kahwin semula pulak dah
- Hukuman 6 bekas penuntut UPNM ditukar kepada gantung sampai mati
- Noor Ismarina, biker berpurdah
- Tiduri Kajol, ini kata SRK
- Nelydia Senrose buka tudung pulak dah
- Albertine Leo ditemui selamat di Batang Kali
- Kamala Haris, Emhoff bakal pasangan Yahudi pertama di White House?
- ‘Jamuan Hantu’ di tanah perkuburan cetus ketakutan penduduk
- Mengapa penajaan syarikat arak untuk sekolah Cina menjadi isu – MCA
- Biawak gergasi dalam atas siling rumah buat penghuni terkejut
- Curang dengan lelaki lain, suami langgar kereta isteri
- Mana mungkin saya mahu berkomplot khianati parti – Nizar Najib
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Video call’ Malaikat Maut, Mama Ghufron mohon maaf