Nurul Aishah Farhana ditemui selamat, penganggur direman

Nurul Aishah Farhana ditemui selamat, penganggur direman

Seorang penganggur ditahan selepas remaja 17 tahun, Nurul Aishah Farhana Azni yang hilang kelmarin, ditemui selamat di Pahang.

Timbalan Ketua Polis Hulu Selangor, Mohd Asri Mohd Yunus, berkata lelaki berusia 20-an itu ditahan di Triang, Pahang pada 12.30 tengah malam tadi.



Menurutnya, remaja itu ditemui di sebuah rumah dipercayai milik saudara suspek dan siasatan mendapati suspek dipercayai melarikan mangsa yang berdepan masalah keluarga.

Mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk menjalani pemeriksaan, katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, suspek direman tiga hari sehingga 27 Julai ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Menurutnya, ujian air kencing suspek negatif dadah dan pemuda itu tiada rekod lampau jenayah atau dadah.



Semalam, polis meminta bantuan orang ramai mengesan remaja itu yang kali terakhir dilihat di sebuah kedai makan di Bandar Utama Batang Kali, Selangor pada 9.30 malam Selasa lalu. FMT

Nurul Aishah Farhana ditemui selamat, penganggur direman

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



‘Video call’ Malaikat Maut, Mama Ghufron mohon maaf

Ugutan rogol, Diana Danielle lapor polis



Digelar ahli neraka

Ruhainies nafi diboikot, terima banyak tawaran



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker