Lonely Planet iktiraf Penang destinasi terbaik untuk ‘Solo Traveler’

Lonely Planet iktiraf Penang destinasi terbaik untuk ‘Solo Traveler’

Penang atau Pulai Pinang, negeri permata Malaysia sekali lagi berjaya menarik perhatian dunia apabila diiktiraf sebagai destinasi kedua terbaik di Asia Tenggara untuk pelancong solo, menurut Lonely Planet.

Berita gembira ini diumumkan dalam artikel yang diterbitkan pada 12 Julai lalu.

Lonely Planet terkenal dengan panduan perjalanan, menilai bahawa walaupun Asia Tenggara adalah salah satu subregional yang lebih kecil di dunia, ia menawarkan pelbagai budaya dan tempat menarik.

Kriteria utama yang digunakan untuk menilai adalah tiga “teras kejayaan perjalanan solo” – wifi yang boleh dipercayai, kemudahan komunikasi, dan pengangkutan yang mudah diakses.

Penang, dengan keunikan dan kekayaannya dalam makanan serta bangunan sejarah yang terpelihara, mendapat pujian khusus.

Lonely Planet menggambarkan Penang sebagai sebuah bandar yang terkenal dengan “makanan jalanan yang meriah dan budaya tempatan yang kreatif”.

Pulau Penang turut dikenali dengan deretan kedai-kedai lama yang dihias indah, rumah dengan reka bentuk tradisional, serta kafe-kafe menarik, menawarkan suasana yang berbeza ditambah dengan seni jalanan.

Di antara tempat makan yang disarankan oleh Lonely Planet termasuk New Lane, Lebuh Kimberly, dan Lebuh Chulia, yang terkenal dengan hidangan murah serendah RM10.

Penang juga dipuji kerana kepelbagaian budayanya yang merupakan campuran pengaruh Melayu, Cina, India, dan Peranakan, dengan Cheong Fatt Tze Mansion sebagai contoh utama.

Selain Penang, Singapore, Danang, Siam Reap, Bangkok, Hanoi, dan Bali turut tersenarai.

Lonely Planet iktiraf Penang destinasi terbaik untuk ‘Solo Traveler’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Video call’ Malaikat Maut, Mama Ghufron mohon maaf

Ugutan rogol, Diana Danielle lapor polis

Digelar ahli neraka

Ruhainies nafi diboikot, terima banyak tawaran

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker