Ilya Senario berhenti melawak, jadi mutawif demi Allah

Ilya Senario berhenti melawak, jadi mutawif demi Allah

PETALING JAYA – Pelawak Ilya Senario meluahkan hasrat bakal meninggalkan kerjaya dalam bidang hiburan bagi membolehkan dirinya menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjaya baharu sebagai mutawif.

Ilya atau nama lengkapnya Ilya Buang Shaharum, 57, berkata, dia kini sedang menjalani kursus selama tiga bulan sebagai persediaan sebelum bergelar mutawif.



“Pada usia begini saya fikir ingin bekerja yang lebih dekat dengan agama dan Tuhan.

“Saya pun ada terfikir sampai bila hendak naik pentas buat lawak. Mungkin saya masih lagi akan berlawak, tetapi kali ini dengan kumpulan yang berbeza.

“Insya-Allah saya akan bergelar mutawif dan bakal membawa jemaah pertama pada 4 Disember depan,” katanya.

Mengulas mengenai keputusannya untuk meninggalkan kerjaya sebagai selebriti dan beralih kepada mutawif, Ilya atau mesra dipanggil Pak Ya berkata, hal itu sudah lama difikirkan oleh dirinya.



Jelas pelakon filem Sumpahan Syaitan itu, keinginan untuk menunaikan ibabah haji secara tidak langsung mendorong dirinya memilih tawaran menjadi mutawif.

“Saya sebelum ini ingin membuat ibadah haji, tetapi tidak berkesampaian kerana masih belum giliran. Walaupun sudah membuat rayuan, tetapi masih gagal.

“Kalau boleh saya ingin menjejaskkan kaki ke Tanah Suci sebelum menutup mata. Jadi apabila dapat tawaran ini, saya fikir ini satu peluang besar untuk saya lebih banyak beribadah.

“Mungkin dalam rombongan pertama nanti saya lebih kepada menghiburkan mereka kerana belum jadi menjadi mutawif sepenuhnya sebab masih pelajar praktikal,” katanya.



Mutawif berperanan membantu, memberi nasihat, sekali gus memudah serta melancarkan perjalanan ibadat jemaah di Tanah Suci.

Ilya yang juga merupakan anggota kumpulan pelawak Senario itu kini aktif membuat persembahan pentas komedi dengan kumpulan Sepahtu. K Online

Ilya Senario berhenti melawak, jadi mutawif demi Allah

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Video call’ Malaikat Maut, Mama Ghufron mohon maaf

Ugutan rogol, Diana Danielle lapor polis



Digelar ahli neraka

Ruhainies nafi diboikot, terima banyak tawaran



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker