Henti normalisasikan derma syarikat arak kepada sekolah – Anuar

Henti normalisasikan derma syarikat arak kepada sekolah – Anuar

Sumbangan derma daripada syarikat berkaitan arak untuk mana-mana sekolah tidak wajar dinormalisasikan memandangkan pelajar sekolah masih di bawah umur.

Pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad berkata, garis panduan yang melarang sekolah menerima derma daripada syarikat berkaitan arak, judi dan rokok juga sepatutnya terpakai kepada semua sekolah.



Anuar yang juga Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menambah, derma daripada syarikat-syarikat itu jelas bertentangan dengan nilai-nilai murni dan budaya hidup sihat yang diterapkan dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah.

“Di sekolah, kita mendidik anak-anak supaya menjauhi arak dan rokok kerana membahayakan kesihatan.

“Dari perspektif agama pula, di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) juga ada ramai pelajar beragama Islam, maka adalah sangat tidak wajar pembabitan syarikat arak, judi dan tembakau di sekolah,” katanya.

Tambah Anuar, kerajaan juga telah lama melarang tajaan syarikat berkaitan rokok dalam acara sukan untuk orang dewasa dan larangan sama sepatutnya lebih tegas dilaksanakan di sekolah.



Sehubungan itu, beliau menyokong ketegasan Kementerian Pendidikan (KPM) yang melarang derma daripada syarikat arak, judi dan rokok untuk sekolah dan berharap garis panduan tersebut dipertahankan.

“Sekolah bukan lagi sekolah jika benarkan normalisasi ini berlaku. Jika dahulu ia sudah dilakukan, sekarang adalah masa untuk perbetulkan kesilapan tersebut.

“Ini juga berkait soal kesihatan kanak-kanak dan nilai budaya masyarakat keseluruhannya,” kata beliau

Media sebelum ini melaporkan, sebuah sekolah rendah di Sepang, Selangor menganjurkan konsert amal dengan penglibatan sebuah syarikat minuman keras yang merupakan antara penyumbang.



Sehubungan itu, KPM dalam kenyataannya memaklumkan memandang serius perkara tersebut dan sedang melakukan siasatan lanjut.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, perkara itu tidak sepatutnya dijadikan isu kerana penglibatan syarikat minuman keras bagi membantu mengumpul dana untuk sekolah-sekolah Cina sudah berlaku sejak puluhan tahun lalu. MG

Henti normalisasikan derma syarikat arak kepada sekolah – Anuar

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Video call’ Malaikat Maut, Mama Ghufron mohon maaf

Ugutan rogol, Diana Danielle lapor polis



Digelar ahli neraka

Ruhainies nafi diboikot, terima banyak tawaran



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker