Dana syarikat arak: Kenyataan Anthony Loke, Wong Kah Woh amat memalukan

Dana syarikat arak: Kenyataan Anthony Loke, Wong Kah Woh amat memalukan

Majlis Perundingan Melayu (MPM) kesal dengan pandangan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Timbalan Menteri Pendidikan sendiri, Wong Kah Woh berhubung dana syarikat arak di sekolah.

Pengerusi Biro Pembangunan Ummah dan Komuniti Madani, MPM, Kamal Shukri Abdullah Sani mendakwa kenyataan Loke yang mahu berbincang tentang isu ini pada mesyuarat Kabinet, pastinya juga berkaitan untuk kelonggaran syarat di institusi pendidikan amatlah kesali.



MPM berkata, isu arak bukan isu politik.

“Sekolah adalah tempat belajar, mendidik nilai murni, budi bahasa dan budaya sebagai amalan yang baik. Janganlah dicemari minda anak-anak yang masih kecil dengan promosi, iklan arak yang banyak mudarat.

“Memanglah daripada strategi atau kaca mata pengiklan, ia amat baik kepada syarikat pengeluar arak kerana dapat menyemai dan memperkenalkan produk mereka lebih awal.

“Tetapi minuman keras tidak bagus dari segi kesihatan dan mudaratnya lebih banyak berbanding faedahnya,” katanya.



Lantaran itu, MPM mahu Kabinet betegas tentang hal ini.

Semalam, Loke berkata, isu pemberian sumbangan dan tajaan oleh syarikat minuman keras kepada sekolah Cina akan dibawa ke mesyuarat Kabinet esok.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, perkara itu tidak sepatutnya dijadikan isu kerana pembabitan syarikat minuman keras bagi membantu mengumpul dana untuk sekolah Cina sudah berlaku sejak puluhan tahun lalu.

“Syarikat minuman keras telah menganjurkan program mengumpul dana untuk sekolah-sekolah Cina berlaku sejak 30 tahun lalu dan saya juga pernah menghadiri majlis itu.



“Selama ini tidak timbul sebarang masalah, kenapa sekarang baharu nak jadikan isu? Ini sesuatu yang mesti kita faham bahawa ini bukan perkara baharu,” tambah Loke.

Mengulas lanjut. Kamal Shukri berkata, sepatutnya sebagai Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Pendidikan, mereka patut lebih sedar bencana besar pengaruh arak di atas jalan raya dan bahayanya di sekolah.

Pandangan kedua-dua menteri tersebut amat dikesali dan memalukan apatah lagi mengakui syarikat arak telah menyumbang selama 30 tahun kepada pembangunan sekolah Cina.

Katanya, tanpa arak di sekolah pun, sekolah-sekolah bersudah berdepan dengan pelbagai masalah disiplin.



“Mahu ditambah bencana apa lagi wahai kedua-dua menteri? Jelaslah kepentingan lain mungkin telah mengelabui fikirannya. Moga selepas ini tiada iklan besar arak diluluskan di lebuh raya pula,” dakwa beliau lagi.

Justeru MPM menyokong penuh ketegasan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang menegaskan tiada pengecualian atau kelonggaran syarat tentang iklan, promosi dan tajaan sebarang minuman keras atau yang berkaitan dengannya di mana-mana institusi pendidikan di Malaysia. MG

Dana syarikat arak: Kenyataan Anthony Loke, Wong Kah Woh amat memalukan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Video call’ Malaikat Maut, Mama Ghufron mohon maaf

Ugutan rogol, Diana Danielle lapor polis



Digelar ahli neraka

Ruhainies nafi diboikot, terima banyak tawaran

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker