Bukan semua Yahudi sokong pengganas Zionis – Rabbi Yisroel

Bukan semua Yahudi sokong pengganas Zionis – Rabbi Yisroel

Rabbi Yisroel Dovid Weiss tiba di Malaysia pada hari Sabtu selepas berakhirnya Sabbath, hari rehat bagi Yahudi.

Guru agama Yahudi itu memulakan lawatan enam harinya dengan misi peribadi untuk mencari makanan kosher yang memenuhi keperluan agamanya.

Selain bekalan yang dibungkus dari rumahnya di Monsey, New York – pusat utama Judaisme Ortodoks di Amerika Syarikat – Weiss berkata dia mahukan buah-buahan dan sayur-sayuran tambahan yang dianggap kosher atau dibenarkan.

Mk bertemu dengan Weiss dan pembantunya di hotel mereka di Putrajaya, yang terletak bersebelahan dengan sebuah pusat beli-belah.

“Pertama sekali, kami pergi membeli-belah. Kami pergi dari satu hujung ke hujung yang lain mencari barang-barang tertentu.

“Sepanjang tinggal dan berada di sini selama hampir seminggu, kami berjumpa dengan begitu ramai orang dan di mana-mana mereka menyambut kami dengan salam persahabatan.

“Ketika mencari sesuatu, mereka membantu kami, mereka begitu prihatin,” kata Weiss sambil menyifatkan rakyat Malaysia yang ditemuinya sebagai “sangat istimewa”.

Reaksi positif

Weiss, yang mengikuti ajaran ketat Ortodoks Yahudi supaya lelaki menutup kepala dan mengekalkan gaya rambut tradisional, berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai reaksi masyarakat umum Malaysia terhadap penganut agama Yahudi. Ini di sebalik konteks pembunuhan beramai-ramai yang berterusan di Gaza oleh rejim Zionis Israel.

Meskipun kaum lelaki Yahudi Ortodoks sering dilihat berpakaian kot hitam paras lutut yang hampir sama, Weiss mempunyai aksesori tambahan yang menarik perhatian orang ramai yang ditemuinya di sini. Dia memakai keffiyeh atau selendang Palestin dengan pelekat di dada kanan yang tertera mesej “Yahudi Bukan Zionis”.

Satu pelekat lain memaparkan bendera Israel tetapi dengan tanda merah. Ia sebagai bantahan dan tidak mengiktiraf pembentukan negara itu dengan mengorbankan rakyat Palestin.

“Mereka (rakyat Malaysia) melihat kami memakai keffiyeh Palestin dan datang mengucapkan terima kasih.

“Kita dapat lihat mereka begitu beremosi,” kata lelaki berusia 68 tahun itu yang juga adalah jurucakap Naturei Karta, kumpulan global Yahudi anti-Zionis daripada cabang Judaisme Ortodoks yang bercirikan tafsiran ketat undang-undang agama mereka.

“Kami bersyukur kepada Tuhan kerana orang ramai mengetahui pendirian agama Yahudi.

“Ramai yang mendekati kami dan mereka tahu bahawa ada Yahudi di seluruh dunia yang setia kepada agama Yahudi dan menentang Zionisme, dan ada juga ramai yang tidak tahu.

“Dalam kedua-dua kes, mereka di jalanan adalah baik,” kata Weiss, sambil menambah bahawa dia juga sedang mencari tudung batik Malaysia, kerana wanita Yahudi juga dikehendaki menutup rambut mereka, sama ada dengan selendang atau rambut palsu. Mk

Bukan semua Yahudi sokong pengganas Zionis – Rabbi Yisroel

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Video call’ Malaikat Maut, Mama Ghufron mohon maaf

Ugutan rogol, Diana Danielle lapor polis

Digelar ahli neraka

Ruhainies nafi diboikot, terima banyak tawaran

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker