Bekas suami jadi saksi pernikahan jandanya

Bekas suami jadi saksi pernikahan jandanya

Seorang wanita mencipta memori tersendiri apabila bekas suami hadir sebagai saksi pernikahannya apabila dia melangsungkan perkahwinan kali kedua pada 30 Mei lalu.

Azroy Juli menjadi saksi pernikahan Zaida Nerson bersama pilihan hatinya Mohd Naim Amir Hasan di Kampung Masjid, Keningau, Sabah.

Perkongsian video memaparkan memori itu di TikTok mengundang perhatian ramai malah netizen memuji ketiga-tiga individu berkenaan serta menyifatkan mereka mempunyai hati yang baik serta berfikiran positif.

Zaida berkata, dia berpisah dengan bekas suami pada 2021 selepas 11 tahun berkahwin.

Mereka sebelum itu dikurniakan sepasang cahaya mata berusia sembilan dan 11 tahun yang kini di bawah jagaannya.

Menurutnya, walaupun ikatan pernikahan terlerai, mereka masih mengekalkan hubungan baik sebagai rakan malah mengakui sebelum berkahwin dia dan bekas suami adalah rakan baik bahkan saudara jauh yang tinggal sekampung.

Kami berpisah dengan persetujuan dan cara baik serta tiada permusuhan demi dua anak lagipun kita sudah dewasa.

“Bekas suami menjalankan tanggungjawabnya dengan baik terhadap anak termasuk menghantar ke sekolah setiap hari,” katanya dipetik Harian Metro.

Menurut Zaida, sewaktu memberitahu dia akan berkahwin bekas suami turut berkongsi kegembiraan itu dan lelaki berkenaan memberitahu mahu menjadi saksi pernikahannya.

“Azroy menyatakan hasrat itu kepada suami. Ketika majlis berlangsung dia duduk di belakang suami dan situasi itu membuatkan ahli keluarga yang hadir di majlis itu sebak.

“Dua anak juga menerima kehadiran suami dengan baik, malah suami juga tiada masalah dengan Azroy.

“Alhamdulillah, suami saya tidak pernah melarang saya terus berhubung dengan Azroy asalkan saya tahu batas dan status sebagai isteri orang lagipun kami berhubung hanya berkaitan urusan anak saja,” katanya.

Berhubung perkongsian momen itu di TikTok, Zaida berkata, video tersebut dirakam seorang individu pada majlis berkenaan sebelum tular.

Menurutnya, dia terharu dan menghargai sokongan serta doa daripada orang ramai untuk keluarganya dan Azroy.

“Kami sepakat dalam menguruskan anak dan saya juga tidak mahu anak bersedih.

“Kita semua sudah mempunyai kehidupan masing-masing dan sentiasa berfikiran positif, saya mahu yang baik-baik saja dan hidup juga akan tenang,” katanya. Mk

Bekas suami jadi saksi pernikahan jandanya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Video call’ Malaikat Maut, Mama Ghufron mohon maaf

Ugutan rogol, Diana Danielle lapor polis

Digelar ahli neraka

Ruhainies nafi diboikot, terima banyak tawaran

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker