Bekas Speaker DUN Perak meninggal dunia

IPOH: Bekas Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Datuk Mat Isa Ismail, 74, meninggal dunia petang semalam.

Perkara itu dikongsikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad menerusi kenyataan di laman Facebook malam tadi.

“Menerima khabar duka, mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak Datuk Mat Isa Ismail telah kembali ke rahmatullah lewat petang tadi. Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah buat roh Allahyarham.

“Mudah-mudahan Allah SWT mengampunkan dosa-dosanya dan mengangkat darjatnya bersama orang-orang yang beramal soleh. Semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi saat-saat getir ini,” katanya.

Menerusi laman sosial itu, Saarani berkongsikan gambar beliau menunaikan solat jenazah bersama jemaah dan turut hadir ke pengebumian Allahyarham Mat Isa.

Mat Isa pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Sulit kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Najib Tun Razak dari 1993 hingga 1995, selain menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering selama tiga penggal dari 1997 hingga 2008.

Beliau juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang bagi penggal 2001/2003 dan dilantik menjadi Speaker DUN Perak selama satu penggal bermula 2004.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Video call’ Malaikat Maut, Mama Ghufron mohon maaf

Ugutan rogol, Diana Danielle lapor polis

Digelar ahli neraka

Ruhainies nafi diboikot, terima banyak tawaran

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker