Bangladesh tubuh jawatankuasa siasat protes ganas ragut 197 nyawa

Bangladesh tubuh jawatankuasa siasat protes ganas ragut 197 nyawa

DHAKA: Kerajaan Bangladesh menubuhkan sebuah jawatankuasa kehakiman yang diketuai hakim Mahkamah Agung untuk menyiasat keganasan semasa protes pelajar mengenai sistem kuota sektor awam yang menyebabkan 197 kematian.

Menteri Maklumat dan Penyiaran Bangladesh, Mohammad A Arafat, ketika bercakap kepada media antarabangsa di Dhaka, menegaskan mereka yang bertanggungjawab atas kekacauan di negara itu sejak minggu lalu akan dihukum.



Sejak Sabtu, kerajaan Bangladesh mengenakan perintah berkurung dan mengerahkan tentera di seluruh negara untuk meredakan protes.

Bagaimanapun pada Rabu, perintah berkurung dilonggarkan selama beberapa jam pada siang hari untuk membolehkan orang ramai membeli keperluan harian.

Sekurang-kurangnya 197 orang terbunuh dan ribuan lagi cedera semasa protes yang tercetus pada 16 Julai, namun kerajaan masih belum mengeluarkan angka rasmi korban.

Kerajaan sedang berusaha untuk menentukan jumlah sebenar orang yang terbunuh dan cedera, katanya.



Arafat mendakwa bahawa terdapat ‘pihak ketiga’ terlibat dalam protes yang menyebabkan kekacauan di seluruh negara.

Bagaimanapun, beliau tidak menjawab soalan sama ada kerajaan akan mengambil tindakan jika Liga Pelajar Bangladesh didapati bersalah menyerang pelajar yang memprotes hingga mencetuskan bantahan merebak ke universiti lain.

Sebaliknya, tanpa menamakan menamakan mana-mana pertubuhan, beliau memberi jaminan bahawa sesiapa yang terbabit akan dihukum.

Arafat, yang mengadakan sidang media di dalam bangunan Televisyen Bangladesh (BTV) milik kerajaan, menunjukkan kepada wartawan bilik-bilik dan peralatan yang musnah akibat perbuatan khianat pada 18 Julai.



Ahli Persatuan Pelajar Bangladesh di Denmark (BASAD) turut mengadakan demonstrasi di hadapan kedutaan Bangladesh di Klampenborg, Copenhagen, Denmark. – Foto AFP
Ahli Persatuan Pelajar Bangladesh di Denmark (BASAD) turut mengadakan demonstrasi di hadapan kedutaan Bangladesh di Klampenborg, Copenhagen, Denmark. – Foto AFP
“Ini menyerupai zon perang, kami percaya tiada pelajar, tetapi penjenayah yang melakukan perkara ini,” katanya.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Asaduzzaman Khan, menyalahkan parti-parti pembangkang, termasuk Jamaat-e-Islami dan Parti Nasionalis Bangladesh (BNP), serta beberapa militan, atas keganasan semasa pergolakan itu.

“Kami akan mengenal pasti mereka satu persatu. Mereka akan berdepan tindakan undang-undang. Kami tidak akan berundur untuk memastikan ia berlaku,” kata menteri itu kepada wartawan di Dhaka.

Lebih 800 orang ditahan di Dhaka dalam tempoh 24 jam yang lalu, dan lebih 3,000 di seluruh negara berhubung dengan keganasan semasa protes, kata polis.



Bagaimanapun, media tempatan melaporkan bahawa majoriti mereka adalah ahli parti pembangkang.

Pada Selasa lalu, penyelaras gerakan pelajar dalam satu sidang media di Dhaka memberi kata dua untuk mengembalikan ketenteraman dan membuka semula kampus di seluruh negara dalam tempoh 48 jam.

Sebagai tindak balas, Menteri Pendidikan Mohibul Hasan Chowdhury, berkata keadaan semasa tidak sesuai untuk pembukaan semula institusi pendidikan.

Dalam pada itu, Menteri Telekomunikasi, Zunaid Ahmed Palak, memberitahu wartawan bahawa perkhidmatan internet jalur lebar akan dipulihkan di seluruh negara secara percubaan pada malam Rabu, diikuti dengan internet mudah alih dalam minggu berikutnya.



Media sosial kekal tidak boleh diakses sehingga Rabu, dengan Palak menyalahkan platform media sosial utama kerana gagal mematuhi undang-undang negara dan membenarkan penyebaran maklumat palsu hingga mencetuskan keganasan. BH

Bangladesh tubuh jawatankuasa siasat protes ganas ragut 197 nyawa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



‘Video call’ Malaikat Maut, Mama Ghufron mohon maaf

Ugutan rogol, Diana Danielle lapor polis

Digelar ahli neraka

Ruhainies nafi diboikot, terima banyak tawaran

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker