Video nakal Nonny sengaja dibuat atau kerana emosi?

Video nakal Nonny sengaja dibuat atau kerana emosi?

Daripada gadis naif dan pemalu, kini penyanyi dan pelakon sensasi, Nonny Nadirah, 35, bagaikan ‘bersalin kulit’ apabila menjadi semakin daring, berani dan berkeyakinan cukup tinggi.

Bagaikan letupan gunung berapi apabila bintang kelahiran Akademi Fantasia musim kelima itu memuat naik video membotakkan kepala dengan hanya berpakaian dalam, menari sambil berkemban dan aksi mandi tanpa baju sambil mencuci rambut.



Terbaharu, Nonny mempromosikan produk dengan aksi dan nada suara mengghairahkan sambil terkangkang.

Penangan perkongsian Nonny atau nama sebenarnya, Nonny Nadirah Zainuddin dalam media sosial boleh dianggap luar biasa keberaniannya.

Setiap hantaran dimuat naik pasti menjadi bahan perdebatan netizen dengan topik hangat sejak awal bulan ini.

Pasti ramai ingin tahu, apa sudah jadi dengan Nonny. Adakah kekecewaan yang pernah dilalui menjadikannya pemberontak hingga sanggup beraksi ‘nakal’ di hadapan kamera. Atau, ia sekadar ‘provokasi’ bertujuan memancing emosi warga maya.



“Saya bukannya memberontak atau nak protes apa-apa. Bukan juga didorong perasaan sunyi.

“Bagi saya, media sosial adalah ruang berkongsi apa sahaja. Terpulang kepada setiap individu.

“Kalau suka boleh teruskan tengok, tak suka boleh ‘scroll’. Kalau nak jadi pengikut laman sosial saya kena berfikiran terbuka. Tak perlu nak hakimi saya,” katanya membuka bicara.

Mengakui penat melayan sikap netizen menganggap diri mereka serba sempurna, Nonny berkata, dia mahu menjadi diri sendiri tanpa perlu berpura-pura demi meraih pujian.



“Sebelum ini, saya ada juga kongsi perkara positif. Sebagai artis dan dianggap idola, sudah tahu saya mahu menjadi contoh yang baik.

“Namun, masih juga kedengaran cakap-cakap belakang yang mempersoalkan niat baik saya.

“Mereka juga anggap saya mengalami depresi disebabkan entri yang saya muat naik dan melabel saya ‘kaki viral’.

“Ada nampak saya murung ke selama ini? Jadi, lantaklah apa yang netizen nak cakap. Saya malas nak ambil peduli,” tegas artis kelahiran Sabah ini secara eksklusif kepada BH Online.



Pernah melalui pengalaman disihir hingga kehidupan dan kerjaya seni porak peranda, Nonny berkata, situasi itu mengajarnya untuk lebih berhati-hati dalam menjalinkan persahabatan.

“Saya memang tiada kawan rapat dalam bidang seni. Kalau berkawan pun bila babitkan kerja, selebihnya saya suka menyendiri.

“Saya pernah berdepan dengan manusia mempunyai sifat hasad dengki. Sekarang, saya dalam peringkat kecilkan kelompok sekeliling saya.

“Kena pilih betul-betul dengan siapa saya perlu berkawan supaya pisang tidak berbuah dua kali,” ungkap Nonny.



Diajak berbicara soal jodoh, Nonny yang sudah empat tahun menggalas status janda mengakui, buat masa ini, pintu hatinya tertutup untuk mencari pengganti.

Malah, katanya, dia juga mengelak untuk mempunyai sebarang hubungan dengan mana-mana lelaki.

“Saya tiada teman lelaki, skandal atau dibela mana-mana lelaki. Saya juga tidak pernah ‘jual diri’ sana-sini.

“Sudah empat tahun saya tidak disentuh. Saya memang tak terfikir nak kahwin dan hanya mahu fokus kepada diri sendiri.



“Dulu saya lebih sayangkan orang lain berbanding diri sendiri hingga akhirnya saya yang terluka.

“Justeru, saya mahu berubah. Saya perlu sayangi diri sendiri sebelum menyayangi orang lain yang kita sendiri tidak tahu apa niat mereka,” ujarnya.

Beralih kepada perkembangan kerjaya, pelakon drama Dia Isteri Luar Biasa dan Luka Di Hati Diya itu berkata, dia sudah bersedia kembali aktif dalam bidang lakonan.

“Sebagai permulaan, saya akan menjayakan satu persembahan minggu depan. Jadi, saya kena banyak berlatih memandangkan sudah lama tidak menyanyi.

“Mengenai bidang lakonan, memang tiada tawaran. Saya hanya akan terima watak bersesuaian dan dapat pasukan pelakon yang boleh memberi kerjasama dengan baik, ‘ katanya yang kini menjalankan bisnes pewangi rambut, Mataheart Hair Mist secara dalam talian.

Terdahulu, Nonny pernah mendirikan rumah tangga dengan Mustain Adnan pada 2019 selepas sembilan tahun bercinta, namun bercerai setahun kemudian. BH

Video nakal Nonny sengaja dibuat atau kerana emosi?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Video call’ Malaikat Maut, Mama Ghufron mohon maaf

Ugutan rogol, Diana Danielle lapor polis

Digelar ahli neraka

Ruhainies nafi diboikot, terima banyak tawaran

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker