Pangkalan data Maybank2u diterbitkan di forum laman web gelap?

Pangkalan data Maybank2u diterbitkan di forum laman web gelap?

Malayan Banking Bhd (Maybank) memberi jaminan bahawa sistemnya kekal selamat dan semua maklumat pelanggan dilindungi sepenuhnya meskipun terdapat dakwaan pangkalan data Maybank2u diterbitkan di forum laman web gelap.

Bagaimanapun, kami mengambil serius atas kebimbangan keselamatan ini dan terus memantau serta memastikan data kami dilindungi setiap masa, katanya dalam kenyataan di X.



Maybank, bank terbesar mengikut aset di negara ini berkata transaksi dalam talian pelanggannya terus dilindungi, dengan pelbagai langkah membasmi penipuan dilaksanakan, termasuk penggunaan Secure2U bagi mengesahkan transaksi serta tempoh masa agak panjang melibatkan transaksi berisiko tinggi.

“Kami ingin mengingatkan pelanggan untuk terus berwaspada dan melindungi maklumat mereka.

Sila pastikan ID Pengguna, kata laluan dan butiran peribadi anda selamat, dan berhati-hati terhadap perisian hasad, mesej WhatsApp, laman pancingan data dan panggilan telefon yang meminta bukti kelayakan anda, katanya.

Terdahulu, platform dalam talian Lowyat.Net melaporkan bahawa pangkalan data yang didakwa mengandungi 22 juta maklumat pelanggan bank itu telah dijual di pasaran web gelap yang popular.



Pemuat naik itu ‘meminta’ bayaran USD18,000 dalam Tether/Bitcoin untuk pangkalan data itu, yang didakwa mengandungi antara lain nama dan kata laluan pelanggan, katanya. FMT

Pangkalan data Maybank2u diterbitkan di forum laman web gelap?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



‘Video call’ Malaikat Maut, Mama Ghufron mohon maaf

Ugutan rogol, Diana Danielle lapor polis



Digelar ahli neraka

Ruhainies nafi diboikot, terima banyak tawaran



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker