Feri ikonik Pulau Pinang tenggelam

Feri ikonik Pulau Pinang tenggelam

BUTTERWORTH: Sebuah feri ikonik Pulau Pinang yang ditempatkan di Pangkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth dilaporkan tenggelam, awal pagi tadi.

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) ketika ini sedang menjalankan usaha menaikkan semula feri berkenaan, manakala pihak bomba pula mengawal minyak daripada tumpah ke laut.



Difahamkan, feri itu mula senget sebelum tenggelam sepenuhnya kira-kira 3 pagi tadi dan kejadian dipercayai berpunca daripada tali yang mengikat feri ini putus susulan angin kuat.

Pengerusi SPPP Yeoh Soon Hin ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Perkhidmatan feri ikonik Pulau Pinang ditamatkan pada 2020 setelah beroperasi lebih 126 tahun dan kemudian digantikan dengan perkhidmatan bot laju untuk membawa penumpang individu dan feri bagi motosikal dan basikal.

Bagaimanapun bagi mengekalkan nilai sejarah dan elemen ikonik Pulau Pinang, SPPP bercadang menempatkan dua buah feri ikonik di Tanjung City Marina yang akan diubah suai sebagai restoran serta muzium terapung, dan ia tidak bergerak. FMT



Feri ikonik Pulau Pinang tenggelam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Video call’ Malaikat Maut, Mama Ghufron mohon maaf



Ugutan rogol, Diana Danielle lapor polis

Digelar ahli neraka



Ruhainies nafi diboikot, terima banyak tawaran



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker