Tiga ditahan bantu siasatan kes kanak-kanak hilang

Albertine Leo hilang sejak Sabtu lalu.

Tiga ditahan bantu siasatan kes kanak-kanak hilang

Polis menahan tiga individu bagi membantu siasatan kes kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di sebuah pusat beli-belah di Iskandar Puteri pada Sabtu.

Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata dua lelaki dan seorang wanita tempatan berusia 28 hingga 55 tahun itu ditahan kira-kira 1.30 tengah hari di sekitar Iskandar Puteri, Ahad lalu.

Beliau berkata bagaimanapun kanak-kanak berkenaan, Albertine Leo Jia Hui masih belum dijumpai setakat ini.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan iaitu menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya secara sulit dan salah,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menasihati orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan sebarang maklumat boleh disalurkan ke hotline Polis Johor menerusi talian 019-2792 095 atau Bilik Gerakan 07-2212 999.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M Kumarasan sebelum ini dilapor meminta bantuan orang ramai untuk mengesan kanak-kanak itu yang disedari hilang oleh bapanya di pusat beli-belah berkenaan kira-kira 8.30 malam.

Beliau dipetik berkata kanak-kanak berketinggian lebih kurang 120 sentimeter, rambut panjang berwarna hitam, kulit cerah dan tubuh sederhana kurus itu memakai kemeja T berwarna putih dengan gambar ‘Mickey Mouse’ pada bahagian dada dan berseluar pendek. Mk

Tiga ditahan bantu siasatan kes kanak-kanak hilang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Abby Abadi dah macam anak dara

‘Hari-hari adik menangis’ – Abang isteri suspek

Intan Najuwa bertambah cantik ketika hamil

Tolak jawatan SUA Bersatu, nak jawatan timbalan presiden?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker