Peraturan drastik vape mampu ‘bunuh’ industri

Peraturan drastik vape mampu ‘bunuh’ industri

Dewan Perniagaan Vape Malaysia (MVCC) berkata rancangan kerajaan memperkenal ‘larangan keterlaluan’ terhadap aktiviti menghisap vape perlu dilaksanakan secara berperingkat.

Awal bulan ini, Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad mengumumkan akan menguatkuasakan rancangan itu dalam Akta Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2024 (Akta 852) pada Ogos.
Pendekatan tersebut merangkumi pelaksanaan pembungkusan biasa dan halangan paparan produk vape.

Setiausaha Agung MVCC Ridhwan Rosli, berkata tindakan sedemikian akan ‘membunuh industri’ dan mengancam kestabilan pasaran.

Industri itu yang ketika ini mempunyai 31,500 pekerja, termasuk sejumlah besar Bumiputera akan mengakibatkan kehilangan besar pekerjaan dan penguasaan ekonomi, katanya.

“Sehingga kini, pemain industri masih kabur kerana kurangnya kejelasan daripada pihak kerajaan. Bagaimana sebenarnya mahu dilaksanakan peraturan ini?

Jika peraturan ini dikuatkuasakan, tiada satupun pihak dalam industri akan bersedia, mendepani kos lebih besar terutama peruncit.

Terlepas peluang?

Menurut Kajian Industri Vape Malaysia MVCC 2023, industri vape bernilai RM3.48 bilion tahun lalu, peningkatan 53% daripada RM2.27https://mykmu.net/wp-admin/edit.php?post_type=page bilion, yang dinilai pada 2019.

Firma kajian pasaran, Grand View Research, berkata pasaran vape global dinilai berjumlah USD12.41 bilion (RM57.1 bilion) pada 2019 dan diunjur berkembang sekitar USD182.84 bilion (RM853.39 bilion) menjelang 2030, dengan pertumbuhan tahunan berganda 30.6%.

Ridhwan berkata, industri vape Malaysia merupakan sektor sedang berkembang yang menawarkan peluang pekerjaan dan mempunyai potensi menarik pelaburan langsung asing (FDI).

Di peringkat antarabangsa, syarikat multinasional telah melakukan pelaburan besar dalam industri (vape), dipacu potensi pertumbuhan dan peningkatan permintaan global. Menerusi peraturan lebih baik, Malaysia boleh memanfaatkan mengambil sepenuhnya peluang FDI, katanya.

Malaysia sepatutnya secara proaktif berhubungan dengan pemain industri dan mendapatkan input kami, justeru peraturan lebih jelas dan baik (bagi industri vape) boleh dibentuk bagi memanfaatkan peluang FDI.

Pasaran gelap

Presiden Malaysian Vapers Alliance (MVA) Khairil Azizi Khairuddin, menekankan potensi pengguna beralih ke pasaran gelap susulan peraturan akan dikenakan.

“Pendekatan larangan sering kali menjurus peningkatan produk tidak terkawal dan selamat, meletakkan pengguna dalam risiko dan menjejaskan perniagaan sah.

Jadi, kami menyeru kerajaan dan Kementerian Kesihatan menyemak semula kesannya sebelum melaksanakan larangan, katanya.

Kebimbangan turut diutarakan berkait impak peraturan terhadap belia.

Khairil berkata, aktiviti menghisap vape bukan disasarkan kepada golongan bukan perokok dan belia. Katanya, pendidikan berbanding larangan menjadi kunci menangani isu berkenaan.

Penting pendidikan diberikan kepada belia dan bukan perokok bahawa aktiviti menghisap vape bertujuan mengurangkan kesan bahaya kepada perokok dewasa. Pendekatan larangan bukan langkah cekap mengekang belia mencuba produk vape; hanya pendidikan, katanya.

Pengurangan guna rokok di seluruh negara

Khairi menekankan kepentingan kefahaman kepada pengguna dewasa dalam membuat keputusan. “Maklumat tepat penting bagi pengguna memahami manfaat dan risiko menghisap vape. Pembungkusan biasa menimbulkan cabaran kepada pengguna vape kerana tiada butiran penting tentang produk, seperti kandungan dan makluman keselamatan.

Kempen pendidikan dan ketelusan maklumat memainkan peranan penting membantu perokok dewasa berhenti menggunakan rokok tradisional, katanya.

Global Adult Tobacco Survey (GATS) 2023 mendedahkan aktiviti menghisap vape penting membantu mengurang kebergantungan perokok untuk merokok atau menghentikan tabiat itu.

Pada 2023, kadar merokok di negara ini berkurang kepada 19% daripada 23% pada 2011, manakala prevalen menghisap vape meningkat 5.8% berbanding 0.8% dalam tempoh sama. Menghisap vape kini menjadi kaedah kedua paling digemari dalam kalangan perokok untuk mereka berhenti merokok.

Bagi Wan Natasha Atiqah Romzi, aktiviti menghisap vape membantu perokok sepertinya berganjak daripada penggunaan rokok tradisional.

Berhenti merokok sangat sukar dan mencabar. Pengguna mempunyai hak membuat pilihan termaklum berkait kesihatan dan gaya hidup mereka. Melarang paparan produk vape mengekang kemampuan mereka membuat keputusan sewajarnya, katanya.

Adel Mikhael Abu Bakar, bekas perokok, memberi amaran peraturan baharu itu berkemungkinan besar ‘memakan diri’. Dia sedia maklum larangan paparan dan pembungkusan biasa boleh menyemarakkan rasa ingin tahu, sekali gus menyebabkan lebih ramai ingin mencuba aktiviti menghisap vape, berbanding mencegahnya.

“Sebagai contoh, larangan paparan jika dilaksana akan mengakibatkan sukar bagi mengesan belia dan kanak-kanak bawah umur memandangkan kedai berkemungkinan menggunakan cermin gelap. Saya rasa mengenakan larangan paparan dan bungkusan biasa tidak produktif.

Ambil kira pengalaman peribadi, saya berhenti merokok bertahun lalu kerana menghisap vape. Hidup saya bertambah baik tanpa batuk, katanya. FMT

Peraturan drastik vape mampu ‘bunuh’ industri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Video call’ Malaikat Maut, Mama Ghufron mohon maaf

Ugutan rogol, Diana Danielle lapor polis

Digelar ahli neraka

Ruhainies nafi diboikot, terima banyak tawaran

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker