Mana mungkin saya mahu berkomplot khianati parti – Nizar Najib
'Saya bukan katak politik sanggup gadai prinsip, maruah, jual diri', tegas Nizar
Mana mungkin saya mahu berkomplot khianati parti – Nizar Najib
Anak sulung bekas Perdana Menteri, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib menafikan desas-desus mendakwa beliau bertemu pemimpin pembangkang untuk menjatuhkan Kerajaan Pahang.
Mohamad Nizar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi Dan Inovasi Pahang, menegaskan pertemuan yang tular di media sosial sebagai cerita dongeng yang tidak pernah berlaku sama sekali.
Katanya, beliau tidak akan berkomplot untuk mengkhianati parti yang keluarganya perjuangkan bersama pemimpin lain.
Beliau berkata malah bapanya, Datuk Seri Najib Razak sentiasa berpesan supaya terus setia kepada parti walau bagaimana susah sekali pun keadaan.
Tegasnya, tidak mungkin beliau belot dengan mengkhianati Kerajaan Pahang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, seorang pemimpin yang amat beliau kasihi dan hormati.
“Beliau (Wan Rosdy) juga telah banyak membantu pengundi saya di kawasan Peramu Jaya, Pekan. Seorang pemimpin yang baik hati dan mudah didekati.
“Mana mungkin saya seorang EXCO Kerajaan Pahang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) (Peramu Jaya) tergamak untuk mengkhianati beliau sebagai seorang pemimpin dan kepercayaan yang beliau berikan.
“Saya bukan seorang katak politik yang sanggup gadaikan prinsip dan maruah serta ‘menjualkan’ diri kepada mana-mana pembida yang tinggi,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Sehubungan itu, Nizar yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Pekan meminta supaya fitnah yang hanya mahu mencari keuntungan politik murahan dihentikan.
“Nabi Muhammad SAW mengecam perbuatan fitnah ini sekeras-kerasnya sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba) (Hadis Riwayat al-Bukhari).
“Mesejnya jelas, saya kekal setia bersama UMNO, Barisan Nasional (BN) dan Kerajaan Pahang yang ada sekarang,” katanya.
Terdahulu, tular satu poster di media social yang mendakwa ‘Pahang sedang goyang! New State Government akan naik. Anak Bossku sudah jumpa PN’. BH
Mana mungkin saya mahu berkomplot khianati parti – Nizar Najib
Baca Artikel Menarik:
- Sepatutnya gantung Wan Fayhsal setahun
- MCA bakal tinggalkan BN?
- Tak sempat sambut ulang tahun kahwin bulan depan
- Kes pukul OKU pekak, NGO gesa percepat pendakwaan
- Bunuh lalu bakar mayat, 3 sekawan didakwa
- Jailani terikat aku janji, kena bayar ganti rugi – Ab Rauf
- Anak umur 7 tahun jadi imam, Syatilla Melvin menangis ketika solat
- Intan Najuwa nak saman
- Apa akan jadi dengan Peja?
- Nabil tempah iklan ‘billboard’ minta cuti
- Tak perlu tunggu 24 jam untuk lapor orang hilang – KPN
- Angin berhembus ucapan terima kasih mangsa (Video)
- Jamal rugi RM2 juta
- Pan-gon perlu bayar lebih RM3 juta
- ADUN Rembia kena sedia bayar denda RM100 juta – Dr Akmal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Hari-hari adik menangis’ – Abang isteri suspek
You must be logged in to post a comment.