Lebih 100 kawasan di Selangor, KL alami gangguan air

Lebih 100 kawasan di Selangor, KL alami gangguan air

Lebih 100 kawasan di tujuh wilayah di Selangor termasuk Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air hari ini akibat henti tugas sementara di empat loji rawatan air (LRA) di Sungai Selangor.

Air Selangor berkata, LRA Rantau Panjang; LRA Sungai Selangor Fasa 1; LRA Air Sungai Selangor Fasa 2 dan LRA Sungai Selangor Fasa 3 terpaksa dihenti tugas berikutan pencemaran bau di Sungai Kundang dan Sungai Sembah.



Menurutnya, tujuh wilayah yang terjejas adalah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, dan Kuala Selangor.

“Air Selangor sedang berusaha untuk meminimumkan impak kepada pengguna.

Bantuan alternatif melalui lori-lori tangki air akan digerakkan ke kawasan terjejas, dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini, katanya dalam kenyataan.

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dari semasa ke semasa dan pengguna boleh mendapatkan maklumat terkini semua platform media sosial Air Selangor atau hubungi talian 15300. FMT



Lebih 100 kawasan di Selangor, KL alami gangguan air

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Video call’ Malaikat Maut, Mama Ghufron mohon maaf



Ugutan rogol, Diana Danielle lapor polis

Digelar ahli neraka



Ruhainies nafi diboikot, terima banyak tawaran



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker