‘Katak Rembia’ berbohong, SUA UMNO dedah aku janji RM100 juta
Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki mendedahkan bukti jelas Adun Rembia Jailani Khamis menandatangani perjanjian RM100 juta sebelum bertanding PRN Melaka.
Katanya, pendedahan itu sekali gus menafikan dakwaan Jailani tidak terikat sebarang perjanjian dengan Umno apabila menyertai PAS.
Ramai terkeliru dengan kenyataan Jailani. Hakikatnya untuk pengetahuan setiap calon mewakili BN, sama ada PRN atau PRU lalu semuanya menandatangani satu perjanjian dinamakan perjanjian perwakilan calon BN,
katanya di TikTok.
Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan mengumumkan Jailani yang digantung Umno, diterima menyertai parti itu pada 10 Jun 2023, sebelum akta antilompat parti dikuatkuasakan di Melaka.
Khamis lalu, Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh mendakwa Jailani perlu membayar RM100 juta kerana melanggar perjanjian ketika dicalonkan pada PRN Melaka 2021.
Dalam pada itu, Asyraf berkata Jailani turut membuat akuan bersumpah dan bukti jelas antaranya dia perlu membayar balik kepada BN RM100 juta jika melanggar perjanjian.
Beliau berkata, bukan Jailani sahaja tetapi semua calon BN daripada Umno, MCA dan MIC menandatangani perjanjian sebelum bertanding PRN dan PRU.
“Ini adalah salinan asli yang telah pun dimatikan setemnya bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), di mana ditandatangani pesuruhjaya sumpah dan disaksikan oleh saksi-saksi.
Ini tandatangan Jailani paling jelas sekali, selain daripada perjanjian ini juga adanya akuan bersumpah setiap calon,
katanya memaklumkan Umno sedia bawa perkara itu ke mahkamah.
Sementara itu, Jailani dalam kenyataan ringkas memaklumkan sedia mendedahkan dan menentang ‘taktik buruk’ Umno yang tidak selari undang-undang.
….tidak berperlembagaan demi untuk kebaikan ramai lagi ahli yang lain. Saya bersedia membersihkan ini di mahkamah,
katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Sepatutnya gantung Wan Fayhsal setahun
- MCA bakal tinggalkan BN?
- Tak sempat sambut ulang tahun kahwin bulan depan
- Kes pukul OKU pekak, NGO gesa percepat pendakwaan
- Bunuh lalu bakar mayat, 3 sekawan didakwa
- Jailani terikat aku janji, kena bayar ganti rugi – Ab Rauf
- Anak umur 7 tahun jadi imam, Syatilla Melvin menangis ketika solat
- Intan Najuwa nak saman
- Apa akan jadi dengan Peja?
- Nabil tempah iklan ‘billboard’ minta cuti
- Tak perlu tunggu 24 jam untuk lapor orang hilang – KPN
- Angin berhembus ucapan terima kasih mangsa (Video)
- Jamal rugi RM2 juta
- Pan-gon perlu bayar lebih RM3 juta
- ADUN Rembia kena sedia bayar denda RM100 juta – Dr Akmal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Hari-hari adik menangis’ – Abang isteri suspek