Qunut nazilah PN untuk siapa?
Adakah yang lain dianggap sebagai orang-orang kafir sama seperti musyrikin Mekah?
Qunut nazilah PN untuk siapa?
Biro agama PKR membidas tindakan pembangkang membaca qunut nazilah selepas Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal digantung enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat, semalam.
Pengarah Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR Amidi Abdul Manan berkata bacaan doa diketuai Ahli Parlimen Jasin Zulkifli Ismail itu dikesali kerana amalan berkenaan dilakukan Nabi Muhammad SAW ketika berperang dengan tentera kafir.
Jelasnya, tindakan oleh pembangkang itu ibarat menyamakan persaingan politik dengan seteru Rasulullah dan umat Islam.
“Di sini saya ingin bertanya pihak mana yang ditujukan qunut nazilah ini? Kelompok Ahli Parlimen bukan Islam kah? Atau semua Ahli Parlimen yang menyokong hukuman termasuk yang Islam, dianggap sebagai orang-orang kafir sama seperti musyrikin Mekah?
Ia jelas suatu sikap yang berasal dari ketaksuban sempit (asabiyyah) kepartian. Bukan dari ajaran Islam. Jangan jadikan agama Islam sebagai tunggangan bagi meraih sokongan politik semata-mata, katanya dalam kenyataan.
Semalam, Dewan Rakyat meluluskan usul menggantung Wan Fayhsal daripada menghadiri sidang Parlimen selama enam bulan susulan kenyataannya berhubung dalang pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) pada 1 Jul lalu.
Ahli Parlimen pembangkang kemudian menyambut keputusan itu dengan membaca qunut nazilah yang lazimnya dilakukan umat Islam bagi mendoakan musuh agama atau ketika berperang.
Tindakan membaca qunut nazilah itu sebelum ini ditegur Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar yang menyifatkan mendoakan kehancuran pemimpi negara dengan bacaan doa itu, perbuatan tidak wajar.
Beliau berkata kebencian kepada pemimpin tidak sepatutnya hingga tahap mendoakan keburukan termasuk mencerca. FMT
Qunut nazilah PN untuk siapa?
Baca Artikel Menarik:
- Umno hanya ada 2 pilihan – Salleh
- Telefon pintar Nur Farah ditemui dalam parit
- Kes pelakon tumbuk teman wanita dirujuk kepada pendakwa raya
- Habin Noor tikam gadis 19 kali, simbah cuka getah terlepas hukuman mati
- Pan Gon beri alasan penguasaan bahasa tidak baik dalam perjumpaan dengan TMJ
- ‘Selipar Jepun’ berharga lebih RM5k di Arab Saudi
- Sadiq Jamil ‘langgar’ arahan Sarimah
- Jenazah Nur Farah Kartini dikebumikan di Pekan – Abang
- Enam maut dalam bilik hotel
- Penyertaan Jailani tak beri nilai tambah PN tawan Melaka pun
- Nora Danish kekal berhijab sekarang
- Pemandu e-hailing hilang selepas hantar pelanggan ke Teluk Intan
- Tupai King durian ‘kayangan’ dijual pada harga RM1,000/a>
- ADUN Rembia dan PAS nak bodohkan siapa
- https://mykmu.net/2024/07/16/arwah-nur-farah-seorang-yang-ceria-rapat-dengan-abang-abangnya/
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Amat bahaya kalau saya dedahkan alasan letak jawatan – Pan Gon
You must be logged in to post a comment.