Pendakwaan tolak permohonan Guan Eng gugur tuduhan rasuah

Pendakwaan tolak permohonan Guan Eng gugur tuduhan rasuah

Pendakwa raya dalam perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng menolak permohonan bekas ketua menteri Pulau Pinang itu untuk menggugurkan tuduhan tersebut.

Timbalan Pendawa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin memberitahu Mahkamah Sesyen, representasi bertulis memohon tuduhan itu digugurkan dihantar pada bulan lalu kepada Pejabat Peguam Negara.



Kami meneliti representasi itu dan juga kertas siasatan, dan memutuskan untuk menolaknya, katanya.

Menurut Wan Shaharuddin, pihak pendakwaan sudah memaklumkan perkara itu kepada peguam Lim pada awal bulan ini.

Susulan itu, Hakim Azura Alwi berkata perbicaraan akan disambung pada 8 Ogos ini, dengan ahli perniagaan Zarul Ahmad Zulkifli akan menyambung keterangannya di mahkamah.

Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Lim, 63, didakwa menggunakan kedudukan beliau untuk menerima suapan berjumlah RM3.3 juta dengan membantu syarikat milik Zarul dilantik melaksanakan projek pembinaan jalan utama dan terowong di Pulau Pinang bernilai RM6,341,383,702 antara Jan 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.



Bagi pertuduhan pindaan kedua, beliau didakwa meminta suapan 10% daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul sebagai upah membantu syarikat ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama.

Lim didakwa melakukan perbuatan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.

Beliau juga berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri itu di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017. FMT

Pendakwaan tolak permohonan Guan Eng gugur tuduhan rasuah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Amat bahaya kalau saya dedahkan alasan letak jawatan – Pan Gon



Apa maksud Pan-gon dengan bahaya? — TMJ

‘Posting’ terakhir Nur Farah sebelum ditemui maut dibunuh



Perpisahan jalan terbaik – Nourul Depp

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker