Bunuh lalu bakar mayat, 3 sekawan didakwa

Bunuh lalu bakar mayat, 3 sekawan didakwa

Tiga sekawan dituduh di Mahkamah Majistret Kajang kerana membunuh seorang lelaki yang mayatnya dibakar, di kawasan semak berhampiran Empangan Semenyih, pada Jun lalu.

Pekerja bengkel, Zulkarnain Md Ariffin, 44, dan dua pekerja syarikat elektrik, Muhamad Iqbal Zainal, 30, serta Syed Fikri Barakbah Syed Mohd Bakri, 28, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nurul Hafzan Ab Aziz.



Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi, lapor Harian Metro.

Mengikut pertuduhan, tiga lelaki itu didakwa membunuh Mohamed Afiq Hamdan, 29, di kawasan rumah di Jalan Hulu Langat, Batu 16 Dusun Tua, dekat Kajang, antara 3 pagi hingga 5 pagi, 22 Jun lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang boleh dihukum mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Husna Amran, manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.



Mahkamah kemudian menetapkan 23 Ogos bagi sebutan semula kes.

Sebelum ini, dilaporkan seorang lelaki dibunuh dengan mayatnya dibakar disebabkan hutang RM7,000.

Ketua Polis Kajang Naazron Abdul Yusof, berkata pada 10.07 pagi 23 Jun lalu, IPD Kajang menerima laporan berkaitan mayat dijumpai dalam keadaan terbakar di lokasi itu.

Menurutnya, bertindak atas maklumat awam dan siasatan polis, pada 11 Julai lalu, polis menahan empat lelaki di Batu 14 Hulu Langat, Kajang, bagi membantu siasatan.



Hasil pemeriksaan mendapati semua ditangkap positif dadah jenis methamphetamine, manakala dua daripadanya mempunyai lebih 20 rekod jenayah lampau. FMT

Bunuh lalu bakar mayat, 3 sekawan didakwa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Amat bahaya kalau saya dedahkan alasan letak jawatan – Pan Gon

Apa maksud Pan-gon dengan bahaya? — TMJ



‘Posting’ terakhir Nur Farah sebelum ditemui maut dibunuh

Perpisahan jalan terbaik – Nourul Depp



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker