Pemandu disyaki mabuk langgar polis mengaku tidak bersalah
Pemandu disyaki mabuk langgar polis mengaku tidak bersalah
Seorang penyelia restoran makanan laut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk hingga melanggar seorang anggota polis trafik yang sedang bertugas pada Ahad lalu.
Ng Wee Long, 34, membuat pengakuan itu selepas tuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid, lapor Berita Harian.
Berdasarkan pertuduhan, Ng didakwa memandu kereta Proton Wira dengan alkohol berlebihan dalam badan sehingga menyebabkan kecederaan kepada seorang anggota polis trafik di KM3.6 Jalan Pantai menghala ke Permas Jaya pada jam 7.05 pagi, 14 Julai lalu.
Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 44(1A)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum sepuluh tahun dan denda sehingga RM50,000, serta lesen memandu digantung dan hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama maksimum tujuh.
Pegawai pendakwa trafik Johor S Vikineswary menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan lesen memandu digantung sehingga kes selesai selain diwajibkan melapor diri di balai polis sebulan sekali.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam diikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan yang dicadangkan pendakwaan.
Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 25 Ogos depan bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.
Dalam kejadian pada 14 Julai lalu, seorang anggota polis trafik yang sedang mengawal lalu lintas susulan satu kemalangan jalan raya, cedera selepas dirempuh sebuah kereta dipandu seorang lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk. FMT
Pemandu disyaki mabuk langgar polis mengaku tidak bersalah
Baca Artikel Menarik:
- Umno hanya ada 2 pilihan – Salleh
- Telefon pintar Nur Farah ditemui dalam parit
- Kes pelakon tumbuk teman wanita dirujuk kepada pendakwa raya
- Habin Noor tikam gadis 19 kali, simbah cuka getah terlepas hukuman mati
- Pan Gon beri alasan penguasaan bahasa tidak baik dalam perjumpaan dengan TMJ
- ‘Selipar Jepun’ berharga lebih RM5k di Arab Saudi
- Sadiq Jamil ‘langgar’ arahan Sarimah
- Jenazah Nur Farah Kartini dikebumikan di Pekan – Abang
- Enam maut dalam bilik hotel
- Penyertaan Jailani tak beri nilai tambah PN tawan Melaka pun
- Nora Danish kekal berhijab sekarang
- Pemandu e-hailing hilang selepas hantar pelanggan ke Teluk Intan
- Tupai King durian ‘kayangan’ dijual pada harga RM1,000/a>
- ADUN Rembia dan PAS nak bodohkan siapa
- https://mykmu.net/2024/07/16/arwah-nur-farah-seorang-yang-ceria-rapat-dengan-abang-abangnya/
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Amat bahaya kalau saya dedahkan alasan letak jawatan – Pan Gon
Apa maksud Pan-gon dengan bahaya? — TMJ
Perpisahan jalan terbaik – Nourul Depp