Muffin akhirnya pulang – Rafizi

Muffin akhirnya pulang – Rafizi

SELEPAS lima hari hilang, akhirnya kucing kesayangan milik Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli diberi nama ‘Muffin’ kembali semula ke kediamannya di Presint 10, Putrajaya, pagi ini.

Perkara itu dimaklumkan sendiri Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan dalam hantaran di laman X, hari ini.



Menurut Rafizi, kucing berwarna campuran jingga dan putih itu pulang ke rumah dengan sedikit kecederaan di badannya.

Beliau memaklumkan, Muffin mungkin mengalami kecederaan itu kerana terjun dari bumbung.

“Muffin dah balik dengan sendiri pagi ini. Dengan sedikit kecederaan, mungkin masa dia terjun dari bumbung (ya, dia suka panjat pagar naik bumbung).

“Semuanya dalam keadaan baik, dia agak ketakutan selepas hilang selama lima hari.



“Terima kasih kepada yang RT dan berdoa,” katanya dalam hantaran tersebut.

Isnin lalu, Rafizi dalam hantaran di Facebook merayu kepada penduduk di sekitar lokasi kediaman beliau supaya menghubunginya sekiranya ternampak haiwan peliharaannya itu.

Rafizi berkata, kucing berkenaan dilaporkan telah hilang sejak dua hari sebelum itu.

Katanya, kucing peliharaannya itu dikatakan mudah mesra dan tidak takut jika ada orang yang tidak dikenali mendekatinya.



Beliau juga telah menyertakan satu rakaman video memaparkan telatah kucingnya itu. Utv

Muffin akhirnya pulang – Rafizi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Amat bahaya kalau saya dedahkan alasan letak jawatan – Pan Gon

Apa maksud Pan-gon dengan bahaya? — TMJ



‘Posting’ terakhir Nur Farah sebelum ditemui maut dibunuh

Perpisahan jalan terbaik – Nourul Depp



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker