Keropok beracun, pekebun bebas dengan jaminan polis

Keropok beracun, pekebun bebas dengan jaminan polis

KULIM: Seorang lelaki berusia 33 tahun yang direman bagi membantu siasatan berhubung kejadian dua beradik maut akibat termakan keropok mengandungi racun, dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Kulim Mohd Azizul Mohd Khairi berkata suspek yang merupakan seorang pekebun itu, direman sejak 11 Julai sehingga semalam.



“Tempoh reman tidak akan disambung dan suspek dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan timbalan pendakwa raya.

Kertas siasatan sudah lengkap dan diserahkan kepada timbalan pendakwa raya, katanya dalam kenyataan.

Media sebelum ini melaporkan dua beradik Muhammad Akil Syauqi Nur Sufyan, 3, dan adiknya Muhammad Luth Syauqi, 2, meninggal dunia selepas makan keropok mengandungi racun tikus.

Pada kejadian 7 Julai di kawasan kebun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, kanak-kanak tersebut dipercayai mengambil paket keropok yang digantung pada dawai besi pagar kebun oleh pemilik kebun bagi memerangkap monyet.



Akil Syauqi dilaporkan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) pada 10 Julai, manakala Luth Syauqi meninggal dunia dua hari kemudian di hospital sama.

Jenazah dua beradik itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Berangan, Baling.

Siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta 611 berkaitan pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan. FMT

Keropok beracun, pekebun bebas dengan jaminan polis



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Amat bahaya kalau saya dedahkan alasan letak jawatan – Pan Gon



Apa maksud Pan-gon dengan bahaya? — TMJ

‘Posting’ terakhir Nur Farah sebelum ditemui maut dibunuh



Perpisahan jalan terbaik – Nourul Depp

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker