Saya dihalang jumpa menteri – bekas COO HRD Corp

Saya dihalang jumpa menteri – bekas COO HRD Corp

Bekas Ketua Pegawai Operasi HRD Corp Ariff Farhan Doss berkata dia pernah cuba bertemu dengan sekurang-kurangnya dua Menteri Sumber Manusia untuk memaklumkan mereka mengenai isu di agensi itu, tetapi dia “dihalang” daripada berbuat demikian.

Bercakap kepada Malaysiakini, Ariff, yang dipecat pada Mei lalu, berkata walaupun menjadi orang kedua terpenting dalam syarikat itu, dia tidak dijemput untuk menghadiri mesyuarat dengan menteri.



“Saya selalu disekat untuk berjumpa menteri. Saya tidak sempat berjumpa V Sivakumar atau Steven Sim. Mereka akan menghalang dan tidak membenarkan saya berjumpa dengan mereka (menteri berkenaan),” katanya tanpa mendedahkan identiti individu yang didakwa menghalangnya.

Sim menggantikan Sivakumar susulan rombakan kabinet pada 2023.

Ariff mendakwa berlaku pemecatan yang tidak adil oleh HRD Corp, yang mengumumkan dia tidak lagi menjadi COO di syarikat itu pada 15 Mei.

Katanya, dia percaya pemecatannya berkaitan dengan keterangan yang diberikan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) di parlimen mengenai dakwaan salah urus di HRD Corp.



Laporan Ketua Audit Negara sebelum ini menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap HRD Corp selepas entiti itu gagal dalam auditnya.

“Sehingga kini walaupun saya telah cuba berjumpa dengan YB Menteri (Sim) berkali-kali tetapi disekat oleh orang tertentu di Kementerian dan HRD Corp.

“Saya ada (hantar) text dia (Sim), tetapi tak ada jawapan,” jelasnya.

Menteri tak tahu usaha bertemu dengannya



Pada sidang media di parlimen hari ini, Sim berkata dia tidak tahu sebarang usaha untuk menghalang bertemu dengannya atau pihak pengurusan atasan di kementerian itu.

Dia berkata mereka yang berminat untuk bertemu dengannya perlu bersabar dalam mendapatkan temu janji kerana kementeriannya kini sedang menyelesaikan pelbagai perkara.

“Pintu saya secara terbuka untuk berjumpa dengan siapa-siapa. Tiada sebarang arahan diberikan untuk menghalang siapa-siapa untuk berjumpa dengan menteri ataupun pengurusan tertinggi Kesuma.

“Saya tidak tahu siapa yang block siapa-siapa untuk berjumpa dengan saya. Pintu saya sentiasa terbuka. Mungkin kalau belum dapat janji temu, saya minta kesabaran sebab dalam enam bulan ini, kita memang terlalu banyak kerja,” katanya.



Dalam keterangannya kepada PAC, Ariff antara lain berkata HRD Corp membelanjakan RM1.5 juta untuk mengubah suai sebuah bangunan di Tapah, dan dia ditugaskan untuk memastikan projek itu siap sebelum pilihan raya umum supaya menteri dan Ahli Parlimen Tapah, M Saravanan boleh merasmikan bangunan berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif HRD Corp, Shahul Hameed Shaikh Dawood juga memberitahu PAC bahawa selain menyediakan pusat untuk Orang Asli, Tapah dipilih kerana ia merupakan kawasan menteri. Saravanan kemudian menjawab bahawa dia tidak terlibat dalam keputusan untuk mengubah suai bangunan Tapah.

Ariff juga memberitahu PAC bahawa pihak pengurusan menganjurkan acara dan persidangan mewah, menggunakan hasil faedah daripada levi terkumpul yang dibayar oleh majikan, tetapi acara itu hanyalah sebagai ‘upacara’. Mk

Saya dihalang jumpa menteri – bekas COO HRD Corp



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Amat bahaya kalau saya dedahkan alasan letak jawatan – Pan Gon



Apa maksud Pan-gon dengan bahaya? — TMJ

‘Posting’ terakhir Nur Farah sebelum ditemui maut dibunuh

Perpisahan jalan terbaik – Nourul Depp

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker