Kenapa padam lukisan mural saya?

Kenapa padam lukisan mural saya?

Kuala Lumpur: Tular di laman sosial video seorang wanita yang juga pelukis jalanan Rusia dikenali Julia Volchkova yang meluahkan kekecewaannya selepas hasil muralnya di dinding sebuah bangunan dekat ibu negara dipadam.

Menerusi video berdurasi 32 saat yang dimuat naik di Instagram (IG), Julia dilihat berada di lokasi berkenaan dengan latar belakang dinding yang sudah dicat putih.



Dalam video itu, Julia meluahkan rasa sedih malah dua individu dipercayai rakannya turut mempersoalkan punca mural berkenaan dipadam.

“Hai semua, saya berada di Kuala Lumpur. Saya berjalan, sedih mereka cat mural saya.

“Mereka menutup lukisan saya. Kami menangis. Saya lihat banyak karya seni di kawasan ini kerana Julia membawa tenaga di sini. Kenapa buat begini?” luahnya.

Sementara itu, di ruangan kapsyen, Julia memberitahu ramai bertanya dengannya punca sebenar dan dia sendiri tidak tahu sebabnya.



“Saya juga ingin tahu sebabnya. Kalau ada yang tahu sebab sebenar, sila beritahu saya.

“Kedua, orang bertanya bagaimana perasaan saya mengenainya. Sudah tentu, ia menyakitkan kerana seni saya adalah anak saya.

“Ia sebahagian daripada saya. Mencipta karya ini sangat sukar. Saya menghabiskan masa, pengetahuan, kesihatan untuknya.

“Saya mengalami masalah kesihatan selepas melakukan kerja berat itu. Agak pelik untuk membuang mural ini kerana karya ini adalah petunjuk tahap budaya Malaysia di dunia, bukan hanya di Malaysia,” tulisnya.



Dia berkata, dia sedar ramai pelukis jalanan berdepan masalah sama dengannya.

“Saya menyedarinya ketika mula melukis di jalanan 20 tahun lalu apabila hasil kerja saya dipadam.

“Saya faham jika ia berkualiti rendah. Tetapi di sini ia adalah kerja yang agak baik dan disayangi Malaysia. Ia mercu tanda yang sangat penting, tempat pelancongan di mana orang datang.

“Sudah tentu, saya tahu peraturan seni jalanan. Jika kamu melukis di jalan, jadilah bersedia untuk kerja kamu dicat.



“Apa pendapat kamu? Semua orang dialu-alukan untuk menyatakan pendapat mereka. Kita boleh memulakan perbincangan dan membincangkannya dalam komen,” tulisnya.

Sementara itu, di ruangan komen, seorang warganet dikenali atiah.al mempersoalkan sama ada Julia sudah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum melukis mural di bangunan berkenaan.

“Adakah kamu mendapat kebenaran daripada PBT untuk melukis di bangunan? Jangan bawa sikap kamu ke negara lain.

“Malaysia ada undang-undang yang perlu kamu patuhi dan ikut, sama juga dengan negara lain.



“Kami tidak akan pergi ke Rusia dan melukis di atas bangunan tempatan sesuka hati kami tanpa kebenaran daripada PBT,” tulisnya.

Julia bagaimanapun membalas komen itu dengan menyatakan sudah mendapat kebenaran untuk melukis mural di situ.

“Ya, saya mendapat kebenaran. Menteri Kebudayaan (Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya mempelawa saya untuk menjadi duta budaya dan pelancongan negara di Malaysia,” tulisnya. HM

Kenapa padam lukisan mural saya?



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Amat bahaya kalau saya dedahkan alasan letak jawatan – Pan Gon

Apa maksud Pan-gon dengan bahaya? — TMJ

‘Posting’ terakhir Nur Farah sebelum ditemui maut dibunuh

Perpisahan jalan terbaik – Nourul Depp

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker