Kehilangan dua pencari siput belitung ada unsur mistik?
Kehilangan dua pencari siput belitung ada unsur mistik?
Manjung: Genap 30 hari kehilangan misteri Yahya Harun, 56, serta rakannya, Azman Mat Jaab, 61, ketika keluar mencari siput belitung di hutan paya bakau Sungai , Paya Remis di sini, 18 Jun lalu.
Anak kepada Yahya, Mohamad Noor Azlan Yahya, 28, tidak menolak kemungkinan kehilangan bapanya itu mempunyai kaitan unsur mistik.
Dia berkata, kediaman bapanya di Kampung Panchor, di sini, didatangi individu memperkenalkan diri sebagai pengamal perubatan Islam.
Menurutnya, individu terbabit mendakwa mahu membantu pencarian bapanya dengan ikhlas hati tanpa meminta wang ringgit.
“Saya pun tak pandai nak ulas (kaedah) pencarian pengamal perubatan ini, saya difahamkan mereka mencari di ‘alam sebalik mata’.
“Mereka nyatakan bahawa bapa saya berada berdekatan di kawasan itu (Paya Bakau Sungai Tuntung) sahaja. Dia tak nampak jalan nak balik.
“Ini sekadar ikhtiar. Sebagai orang Islam kita percaya wujudnya alam ghaib dan dalam Al-Quran pun dinyatakan jin itu wujud,” katanya ketika ditemui di kediaman keluarganya di Kampung Panchor, di sini, tadi.
Walau bagaimanapun anak ketiga daripada lima beradik itu menjelaskan, dia lebih menumpukan kepada usaha pencarian pada waktu siang.
“Waktu siang yang cerah dan jarak penglihatan yang baik membolehkan kita membuat carian pada radius lebih jauh.
“Pencarian pada waktu malam sukar berikutan jarak penglihatan yang terbatas. Penggunaan lampu pada waktu malam di kawasan paya bakau mengundang kehadiran binatang berbahaya seperti ular serta risiko tersesat.
“Saya yakin bapa saya masih ada. Sebagai anak, saya mengambil sepenuhnya tanggungjawab untuk mencarinya. Selagi tak jumpa… selagi itu lah saya akan buat pencarian,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan Yahya serta rakannya, Azman hilang selepas keluar mencari siput belitung di Paya Bakau Sungai Tuntung pada 18 Jun lalu.
Hanya dua motosikal disahkan milik mangsa ditemui di lokasi, sebelum ahli keluarga membuat laporan polis.
Mengulas kehadiran beberapa pempengaruh media sosial yang datang membuat ‘live streaming’ di lokasi pencarian, Mohamad Noor Azlan berharap kelompok berkenaan tidak mengambil kesempatan dalam kesulitan ahli keluarga mangsa.
“Macam-macam spekulasi paranormal, ada pokok bergoyang mereka dakwa ada ‘benda’, padahal itu faktor air pasang surut. Bila air surut akar dia goyang, pokok pun bergoyang la. Itu pun jadi ‘content’,” katanya.
Operasi mencari dan menyelamat disertai polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sudah digerakkan bagi operasi mencari bermula 19 Jun lalu.
Operasi turut dibantu khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) itu dihentikan selepas lima hari operasi berikutan tiada petunjuk baharu ditemui.
Usaha mencari kemudiannya diteruskan penduduk kampung, komuniti setempat dan sukarelawan merangkumi kawasan hutan paya bakau dan pesisir pantai.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah ketika dihubungi berkata, operasi pencarian akan diteruskan secara berperingkat, bagaimanapun sehingga hari ini tiada petunjuk baharu ditemukan. HM
Kehilangan dua pencari siput belitung ada unsur mistik?
Baca Artikel Menarik:
- Umno hanya ada 2 pilihan – Salleh
- Telefon pintar Nur Farah ditemui dalam parit
- Kes pelakon tumbuk teman wanita dirujuk kepada pendakwa raya
- Habin Noor tikam gadis 19 kali, simbah cuka getah terlepas hukuman mati
- Pan Gon beri alasan penguasaan bahasa tidak baik dalam perjumpaan dengan TMJ
- ‘Selipar Jepun’ berharga lebih RM5k di Arab Saudi
- Sadiq Jamil ‘langgar’ arahan Sarimah
- Jenazah Nur Farah Kartini dikebumikan di Pekan – Abang
- Enam maut dalam bilik hotel
- Penyertaan Jailani tak beri nilai tambah PN tawan Melaka pun
- Nora Danish kekal berhijab sekarang
- Pemandu e-hailing hilang selepas hantar pelanggan ke Teluk Intan
- Tupai King durian ‘kayangan’ dijual pada harga RM1,000/a>
- ADUN Rembia dan PAS nak bodohkan siapa
- https://mykmu.net/2024/07/16/arwah-nur-farah-seorang-yang-ceria-rapat-dengan-abang-abangnya/
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Amat bahaya kalau saya dedahkan alasan letak jawatan – Pan Gon
You must be logged in to post a comment.