BCL bakal jadi saksi penyelewengan suami?

BCL bakal jadi saksi penyelewengan suami?

Timbalan Ketua Pegawai Penyiasat, Polres Metro Jakarta Selatan, Henrikus Yossi enggan memberikan kenyataan mengenai kemungkinan penyanyi terkenal, Bunga Citra Lestari (BCL) turut dipanggil sebagai saksi kes penyelewengan wang syarikat bernilai RM1.7 juta membabitkan suaminya, Tiko Aryawardhana.

Yossi berkata, siasatan kes penyelewengan syarikat diusahakan Tiko bersama bekas isteri, Arina Winarto iaitu PT Arjuna Advaya Sanjaya (AAS) sejak tempoh penubuhan syarikat pada 2015 sehinggalah perusahaan makanan dan minuman itu dihentikan pada 2019.



“Waktu yang kami fokuskan dalam laporan penggelapan ini antara 2015 hingga 2019 ketika Tiko bekerja di perusahaan sebagai pengarah.

‘Arina pula sebagai Ahli Lembaga Pengarah AAS. Perusahaan ini berakhir kerana memang sudah tidak boleh beroperasi kembali. Jadi, fokus kami ketika perusahaan ini dijalankan,” katanya.

Bagaimanapun, hubungan penyanyi lagu Cinta Sejati itu dan Tiko terjalin pada 2 Disember 2023.

Khamis lalu, Tiko selesai memberi keterangan kepada pihak berhubung penyelewengan wang syarikat.



Bagaimanapun, Tiko enggan memberikan komen berhubung siasatan dilakukan dan meminta pengamal media tidak mengaitkan nama BCL dengan kes membabitkan dirinya.

“Alhamdulillah sudah selesai beri keterangan. Saya ingin ingatkan, ini masalah dengan bekas isteri, tiada kaitan dengan BCL,” katanya.

Sementara itu, Tiko membawa bukti data perbankan membabitkan dana perusahaan itu kepada badan penyiasat, semalam.

Menurut peguam mewakili Tiko, Irfan Aghasar, data yang dikemukakan Tiko bukan dibuat-buat, sebaliknya berdasarkan transaksi perbankan.



“Kita siap memberikan data. Ini bukan data yang dibuat-buat. Ini data daripada perbankan yang membabitkan laporan untung rugi syarikat setiap bulan,” kata Irfan dihadapan pemberita.

Katanya, bukti berkenaan dapat menunjukkan profesionalisme Tiko dalam menjalankan perusahaan keluarga dan masih berstatus suami kepada pengadu.

‘Kami menjelaskan satu persatu transaksi kewangan untuk membuktikan audit pengelapan ini tidak benar.

“Aliran dana masuk digunakan untuk kepentingan perusahaan, tidak masuk akaun peribadi Tiko,” tegasnya. BH



BCL bakal jadi saksi penyelewengan suami?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Amat bahaya kalau saya dedahkan alasan letak jawatan – Pan Gon



Apa maksud Pan-gon dengan bahaya? — TMJ

‘Posting’ terakhir Nur Farah sebelum ditemui maut dibunuh



Perpisahan jalan terbaik – Nourul Depp

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker