Anggota bomba didakwa rogol, cabul pelajar OKU

Anggota bomba didakwa rogol, cabul pelajar OKU

MUAR: “Kamu tidak bercakap benar,” demikian teguran Hakim Mahkamah Sesyen, Abu Bakar Manat terhadap seorang anggota bomba yang didakwa merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar perempuan berusia 17 tahun, awal bulan ini.

Mohamad Firdaus Mohamad Azali, 38, yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini didapati tidak bercakap benar ketika mengemukakan rayuan bagi membolehkan dia diikat jamin.



Dalam rayuan itu, tertuduh mendakwa dia bertugas di sebuah balai bomba di Kuching dan sedang bercuti tanpa gaji sejak setahun lalu.

Namun, pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir bangun dan mengemukakan surat perakuan berhubung kedudukan tertuduh yang bertugas di balai bomba dalam daerah ini dan kini ditahan kerja kerana tidak hadir bertugas sejak Januari 2022.

Sejurus selepas melihat surat perakuan dikemukakan pihak pendakwaan, Abu Bakar memutuskan tiada sebarang ikat jamin diberikan terhadap tertuduh.

Terdahulu, tertuduh seorang duda lima anak mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan dikenakan terhadapnya dengan tiga daripadanya membabitkan kes rogol, manakala dua lagi amang seksual fizikal.



Mengikut pertuduhan pertama, kedua dan ketiga, tertuduh didakwa merogol mangsa yang juga orang kurang upaya (OKU) lembam pelajaran di sebuah rumah di daerah ini antara jam 12.01 tengah malam hingga 1.30 pagi, 9 Julai lalu.

Bagi ketiga-tiga pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (k) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 376 (2) kanun sama, penjara sehingga 30 tahun dan juga sebatan bagi setiap pertuduhan dikenakan terhadapnya.

Pertuduhan keempat dan kelima, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa antara jam 12 tengah malam hingga 1.30 pagi dengan kedua-dua kejadian itu berlaku pada tarikh dan tempat sama.

Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) dan (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan juga sebatan jika sabit kesalahan.



Berdasarkan laporan dibuat, tertuduh mengenali mangsa menerusi media sosial sebelum datang ke rumah pelajar itu untuk melakukan perbuatan terkutuk.

Namun, ia terbongkar apabila ibu angkat mangsa menemui kesan gigitan pada lehernya sebelum mengaku menjalinkan hubungan dengan tertuduh.

Terdahulu, pihak pendakwaan memberitahu mahkamah tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam atas beberapa faktor, termasuk kesalahan dilakukan serius membabitkan remaja bawah umur.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 26 Ogos ini untuk sebutan semula, serahan dokumen dan juga lantikan peguam tertuduh. BH



Anggota bomba didakwa rogol, cabul pelajar OKU

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Amat bahaya kalau saya dedahkan alasan letak jawatan – Pan Gon



Apa maksud Pan-gon dengan bahaya? — TMJ

‘Posting’ terakhir Nur Farah sebelum ditemui maut dibunuh



Perpisahan jalan terbaik – Nourul Depp

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker