Nora Danish kekal berhijab sekarang

Nora Danish kekal berhijab sekarang

Kekal berhijab, pelakon Nora Danish mengakui rutin menghadiri majlis ilmu sejak Mei tahun lalu semakin menguatkan keinginannya untuk bertudung.

Nora atau nama lengkapnya, Nora Mohd. Danish Hanif, 42, berkata niat mengenakan hijab sudah tercetus sejak usianya mencecah angka 40, namun ketika itu hatinya masih berbolak-balik atas beberapa sebab.



“Semuanya didorong pengisian majlis ilmu yang diadakan rakan baik saya, Betty Rahmad di kediamannya dan boleh dikatakan kebiasaannya sebulan sekali saya akan turut serta.

“Tetapi kemudian apabila pulang saya kadangkala jadi malu sendiri kerana masih tidak berubah walaupun kerap mengikuti ceramah agama selain sudah ada niat ingin menutup aurat dengan sempurna.

“Sedikit sebanyak perkara itu menjadi antara pendorong untuk saya berubah ke arah yang lebih baik, sebab lain biarlah saya simpan sendiri,” katanya ketika ditemui pada sidang media drama rantaian, Perang Nasi Dagang di sini, hari ini.

Ujar Nora, penghijrahan itu membuatkan ramai gembira terutama ibunya, Salimah Talib, yang menangis kesyukuran selain memintanya untuk terus kekal istiqamah.



“Ramai yang mendoakan saya sebelum ini, cuma waktu itu saya lebih selesa tidak mengulas lebih lanjut kerana masih terlalu awal.

“Saya pun dalam proses belajar dan cuba kerapkan diri untuk hadiri lagi majlis agama bagi mendapatkan ilmu.

“Paling sayu apabila ibu menitiskan air mata gembira melihat perubahan saya ini,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya mengenai reaksi bekas suaminya, Mohamed Nedim Nazri, Nora berkata, lelaki tersebut turut terkejut dan memuji langkah baik yang dilakukannya.



“Saya memakai tudung pada hari Nedim masuk wad di sebuah hospital baru-baru ini. Sudah tentu dia pun gembira, malah turut memuji saya kelihatan cantik berhijab.

“Pada masa sama, saya ada juga terfikir semua yang berlaku ini adalah dugaan untuk saya terutama ketika diuji bekas suami sedang sakit.

“Jadi saya ambil hikmah ini dengan nekad untuk terus berubah iaitu kekal menutup aurat dengan sempurna,” katanya.

Sebelum ini, penampilan pelakon drama Puteri di media sosial mencetuskan tanda tanya ramai sama ada itu imej kekal atau hanya ke majlis ilmu.



Bahkan ibu tunggal dua anak itu juga lebih selesa untuk tidak menjelaskan perkara tersebut meskipun sedar ramai mendoakan perubahan baiknya itu. K Online

Nora Danish kekal berhijab sekarang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Nora Danish tak kisah Nedim bersama wanita lain

Promosi produk berbaur lucah, Neelofa masih enggan mengulas



Raghad dakwa dihalang masuk rumah, kubur arwah suami tidak dijaga

Bella Astillah dikecam berpakaian seksi ketika dalam iddah (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker