Berang diugut dedah hubungan sulit punca Nur Farah dibunuh

Berang diugut dedah hubungan sulit punca Nur Farah dibunuh

Berang kerana diugut untuk mendedahkan hubungan sulit mereka kepada isteri suspek dikatakan menjadi punca bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dibunuh.

Sumber berkata, konflik percintaan antara suspek dan Farah Kartini berlarutan selepas mangsa mendesak suspek supaya berkahwin dengannya.



“Mangsa dipercayai mengugut suspek akan membocorkan hubungan antara mereka kepada isteri suspek.

“Suspek yang sudah berkahwin itu berang dengan ugutan berkenaan. Mangsa kemudian dicekik sebelum dilemaskan dalam parit berhampiran mayat ditemui,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek yang juga anggota polis adalah teman lelaki kepada mangsa.

“Berpandukan siasatan terhadap suspek membawa kepada penemuan mayat mangsa di ladang kelapa sawit Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, petang semalam.



“Bagaimanapun, motif pembunuhan masih dalam siasatan,” katanya.

Semalam, Nur Farah yang dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan mati di ladang kelapa sawit di Hulu Selangor.

Mayat gadis berusia 25 tahun itu ditemukan kira-kira 6 petang dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Hussein dilaporkan berkata, pemeriksaan awal mengesahkan mayat berkenaan adalah mangsa yang dilaporkan hilang berkait laporan di Tanjung Malim.



Beliau dilaporkan berkata, polis turut menahan seorang lelaki yang juga penjawat awam bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kronologi kes kehilangan Farah Kartini



KRONOLOGI kehilangan dan pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah, 25. Mangsa yang berasal dari Sarawak merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Multimedia) dengan Kepujian dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan bekerja di bahagian pemasaran digital sebuah kedai percetakan di Perak.

11 Julai 2024

● Polis menerima laporan pada jam 1.56 pagi berhubung kehilangan Nur Farah Kartini selepas gadis itu menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan di Taman Universiti, Tanjung Malim.

● Nur Farah Kartini dilaporkan kali terakhir dilihat selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan di sebuah taman perumahan di Tanjung Malim kira-kira jam 8 pagi 10 Julai lalu.



● Mangsa kemudian didakwa menaiki sebuah kereta berwarna merah yang tidak dikenal pasti nombor pendaftarannya berikutan hujan ketika itu.

● Gadis itu kali terakhir dilihat berpakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam

● Komunikasi terakhir antara seorang kakitangan bahagian pengurusan kedai percetakan terbabit dengan gadis itu ialah pada jam 8.14 pagi (hari kejadian) dan mangsa tidak dapat dihubungi selepas itu.

Lokasi mayat Nur Farah Kartini ditemui di sebuah kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keladang, Hulu Selangor. – NSTP/Asyraf Hamzah
Lokasi mayat Nur Farah Kartini ditemui di sebuah kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keladang, Hulu Selangor. – NSTP/Asyraf Hamzah



12 Julai 2024

● Seorang kakitangan bahagian pengurusan kedai percetakan merayu Nur Farah Kartini pulang, menerusi laporan media

● Gadis itu disifatkan sebagai seorang yang komited dalam kerja sepanjang hampir setahun bekerja di kedai percetakan berkenaan.

● Nur Farah Kartini dilaporkan tidak bekerja dengan syarikat perkhidmatan kereta sewa, sebaliknya hanya membantu sesiapa yang mahu menyewa kereta kerana mendapat komisen daripada usaha itu

● Abang Nur Farah Kartini yang tinggal di Selangor dilaporkan pergi ke Tanjung Malim pada malam hari kejadian untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan lanjut mengenai kehilangan adiknya itu.

15 Julai 2024

● Mayat Nur Farah Kartini dilaporkan ditemui di FELDA Gedangsa, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang. Mangsa dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

● Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Khan, berkata hasil pemeriksaan awal mengesahkan mayat itu adalah mangsa yang dilaporkan hilang berkait laporan di Tanjung Malim

● Seorang suspek berusia 26 tahun ditahan

● Abang mangsa ke lokasi kejadian

16 JULAI 2024

● Seorang anggota polis yang ditahan bagi membantu siasatan susulan penemuan mayat Nur Farah Kartini, tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada jam 8.48 pagi. Suspek dilihat memakai pelitup muka dan berbaju lokap polis berwarna oren.

● Hakim Mahkamah Sesyen, Nurul Mardhiah Mohammed Redza, mengeluarkan perintah tahanan reman ke atas penjawat awam berusia 26 tahun itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

● Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, memaklumkan bahawa suspek adalah teman lelaki mangsa. Berpandukan siasatan terhadap suspek membawa kepada penemuan mayat mangsa di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, petang semalam.

● Abang mangsa, Mohd Farriza Azmi Abdullah, berkata jenazah Nur Farah Kartini dijangka dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Lereng Bukit, Miri, Sarawak, untuk dikebumikan. BH

Berang diugut dedah hubungan sulit punca Nur Farah dibunuh

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nora Danish tak kisah Nedim bersama wanita lain

Promosi produk berbaur lucah, Neelofa masih enggan mengulas

Raghad dakwa dihalang masuk rumah, kubur arwah suami tidak dijaga

Bella Astillah dikecam berpakaian seksi ketika dalam iddah (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker