Zahid terbuka jawatan ‘Top 2’ dipertandingkan

Zahid terbuka jawatan ‘Top 2’ dipertandingkan

Presiden Umno Zahid Hamidi, berkata beliau terbuka sekiranya dua jawatan tertinggi parti itu dipertandingkan dalam pemilihan yang dijangka berlangsung pada 2026.

Pada tahun lalu, Zahid dan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan mengekalkan jawatan mereka untuk sepenggal lagi selepas Perhimpunan Agung Umno meluluskan usul supaya dua jawatan tertinggi itu tidak dipertandingkan.

Zahid berkata keputusan mengenai perkara itu semuanya bergantung pada keputusan yang akan dibuat pada peringkat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan Perhimpunan Agung Umno (PAU) pada bulan depan, lapor Berita Harian.

“Saya amat terbuka dalam perkara ini (jawatan presiden dan timbalan presiden dipertandingkan). Terdapat klausa (dalam perlembagaan Umno) yang mana pemilihan boleh ditangguhkan selama 18 bulan dan ini bermakna, ia bergantung pada keputusan yang akan dibuat dalam MKT serta PAU.

Kita amat mematuhi apa yang tercatat dalam perlembagaan dan peraturan UMNO. Kita melihat situasi tahun atau tarikh yang akan ditentukan, dan tentunya seseorang calon tidak boleh membuat keputusan secara bersendirian tetapi perlu bergantung pada sokongan perwakilan, katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Muar.

Semalam, Mesyuarat Perwakilan Umno Tenggara meluluskan tiga usul secara sebulat suara, termasuk menggesa jawatan presiden dan timbalan presiden parti dipertandingkan pada pemilihan yang dijangka diadakan dua tahun lagi. FMT

Zahid terbuka jawatan ‘Top 2’ dipertandingkan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hormati privasi dan keputusan perkahwinan saya – Tengku Hassanal

Harith Iskandar buka mulut akhirnya

Shuk Sahar dedah sifat Shuib, Nabil dan Ebby Yus

Alif Teega disyaki seleweng kutipan derma bersama isterinya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker